Friday, 30 September 2016

Jenis-jenis beg untuk wanita

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Untuk entry santai-santai, kita try jenguk-jenguk jenis beg tangan yang wanita selalu pakai. Setiap beg ada namanya yang tersendiri dan nak guna pun ada yang perlu mengikut kesesuai tempat dan majlis. Sumber

Beg Olahraga: 
Beg yang digunakan untuk membawa peralatan sukan dan pakaian ke gym.
Backpack: 
Beg yang disokong oleh bahu, salah satu atau kedua-dua bahu.


Beg Baguette : 
Dompet yang agak panjang dari sisi ke sisi dan kecil dari atas ke bawah.

Beg Bowling:
 Beg yang asalnya dibuat untuk menyimpan bola bowling, dan kini telah menjadi satu item fesyen.
Bucket Beg: 
Beg berbentuk seperti baldi, biasanya mempunyai bahagian atas dan mempunyai tali bahu. 
Beg Clutch:
 Beg kecil tetapi panjang (segi empat tepat), sesuai untuk majlis petang. 
Bekas / Beg kosmetik: 
Beg yang berbeza-beza saiz dan bentuk dengan zip untuk menyimpan kosmetik.

Beg Doctor: 
Beg tradisional yang digunakan oleh doktor untuk lawatan rumah ke rumah. Mulut beg mempunyai kerangka logam lipat dan menjadikannya mudah untuk melihat ke dalam beg.
Duffel Beg: 
Satu beg besar biasanya digunakan untuk perjalanan atau sukan. Nama berasal dari Duffel, sebuah bandar di Belgium di mana kain yang tebal digunakan untuk membuat beg yang berasal. beg Duffel sering digunakan oleh pelayar, dan kadang-kadang dipanggil beg laut dalam kapasiti ini.
Beg sampul surat / Envelope bag: 
beg yang rata, persegi atau segi empat tepat dengan penutup bahagian atas berbentuk segitiga yang lipatan lebih seperti sampul surat.
Beg Feed: 
Beg yang digunakan untuk memberi makan kepada haiwan (seperti kuda).
Fold over clutch: 
Clutch yang boleh dilipat.

Hobo Bag: 
Beg berbentuk bulan sabit dan boleh disandang di bahu.
Messenger Bag:
 Beg dengan tali yang panjang dan dahulunya digunakan ketika menaiki basikal. Sekarang ia menjadi ikon fesyen bandar.
Minaudiere: 
Beg yang sesuai untuk majis minum petang. Mempunyai kepingan logam, dihias dengan batu dan manik.
Saddle beg: 
Beg yang besar berbentuk seperti pelana kuda. Beg direka bentuk inspirasi daripada pelana.
Satchel: 
 Sebuah beg tangan berstruktur mempunyai dua tangkai atau pemegang.
Bahu beg: 
Beg dengan tali bahu.
Sling Bag: 
Beg dengan tali yang panjang (seperti messanger bag), tetapi lebih kecil.

Tote Bag: 
Beg yang sering dijual di pusat membeli-belah dan boleh diguna semula, beg ini boleh membawa apa-apa barang bagi menggantikan beg plastik.
Wristlet: 
Beg berbentuk clutch yang mempunyai tali gelang membolehkan pemakai untuk memegang beg dengan bebas. 
Mana jenis beg yang korang selalu guna? Fiza pula kalau beli beg ikut corak. Mana agak-agak kiut, harga pun okay memang rembat.  Nama beg tak ambil tahu sangat janji beg. Wassalam.

Thursday, 29 September 2016

Kenapa perlu simpan emas?

Assalamualaikum. Entry kali ini bukan Fiza hendak menjual emas. Cuma untuk mengingatkan Fiza dan memberi maklumat serta info mengenai betapa pentingnya menyimpan emas. 
Mengikut pengalaman yang Fiza sendiri lalui, betapa pentingnya menyimpan emas kerana ia dapat ditebus pada masa dan waktu ketika kita benar-benar perlukan wang. Fiza sudah melaluinya dan merasakan betapa beruntungnya mereka yang telah lama menyedari bahawa emas bukan sekadar perhiasan tetapi ia adalah simpanan untuk masa depan.
Kenapa perlu simpan emas? 
google image
Emas adalah logam berharga, dikenali dan laku seluruh dunia. Pada zaman dahulu pemakaian barang perhiasan emas adalah suatu kemestian bagi wanita sebagai simbol kecantikan serta kekayaan kerana nilainya yang berharga dan boleh diwarisi. Kini pemakaian barang perhiasan emas yang berlebihan tidak sesuai kerana faktor keselaamatan disebabkan kadar jenayah yang tinggi. Emas kini digunakan sebagai pelaburan, pelindung harta dan pengelak kebocoran wang. Sifat emas yang unik seperti sentiasa berharga, dikenali dan laku seluruh dunia, kalis inflasi, tidak dapat dibinasa walau terbakar atau bencana alam menjadikan emas adalah penyimpan nilai kekayaan yang unggul.

EMAS SENTIASA BERNILAI DAN LAKU SELURUH DUNIA.
google image
Emas adalah logam berharga berwarna kuning keemasan yang menarik, dikenali dan laku seluruh dunia. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh dibinasakan. Emas tetap bernilai tinggi walaupun terbakar, tenggelam dalam air, kemek dan sebagainya. Simpanan emas adalah aset yang mudah dicairkan, mudah dibawa dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa. Simpanan emas penting sebagai persediaan ekonomi yang tidak menentu kerana emas kalis inflasi, kegagalan wang kertas dan bekalan sewaktu kecemasan atau bencana alam.

EMAS PENGELAK KEBOCORAN WANG. 
google image
Sememangnya sikap manusia susah untuk menyimpan wang ringgit. Pendapatan bulanan akan habis begitu sahaja biarpun berapa duit yang ada di tangan terutama di waktu kos sara hidup yang meningkat kini. Pembelian emas akan dapat mengelak kebocoran wang ringgit dan amalan berjimat cermat. Penyimpanan emas sebenarnya adalah salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah. Adalah penting untuk menukar sebahagian wang kepada emas fizikal atau menggantikan nilai matawang kertas yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.


HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT. 
google image
Sejarah telah membuktikan harga emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang kerana emas kalis inflasi. Kini harga emas dunia terendah dalam tempoh 6 tahun, namun harga emas ringgit malaysia stabil kerana inflasi dan kejatuhan nilai ringgit malaysia. Harga emas kini terendah dan pemilik emas lama sepatutnya mengambil peluang menambah simpanan emas pada waktu harga emas terendah kini. Sebenarnya tanpa disedari penyimpan wang telah mengalami kerugian kerana nilainya yang merosot dan caj dikenakan bank semasa pengeluaran wang. Urusniaga emas adalah bersih dimana ianya halal dengan akad jual beli emas mengikut syariah islam dan tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang islam. Pengeluaran zakat adalah membantu ekonomi islam sebagai tanda kesyukuran dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur.
Sabda Nabi : “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)” – HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL.

Banyak lagi faedah yang kita akan dapat sekiranya menjadikan emas sebagai harta simpanan. Semoga ia memberi sedikit sebanyak info serta memberi kesedaran dan faedah kepada kita semua mengenai simpanan emas. 

Mula menyimpan sedikit pun sudah memadai. Wassalam.

Friday, 23 September 2016

Resepi : Sos meatball ala ikea ringkas dan mudah

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Fiza nak kongsikan resepi bagaimana membuat sos meatball ala ikea. Memandangkan masa hendak buat resepi ini, meatball tiada, maka Fiza guna ayam goreng sahaja.
Bahan-bahan: 
  • Ayam goreng / Meatball
  • 1 biji bawang holland (didadu)
  • 2sb Tepung gandum
  • 2sb Marjerin/butter(saya pakai margerin)
  • 2sb Lada hitam
  • 3 cawan Susu full cream dutchlady (jenama tidak kisah asalkan susu segar) 
  • Air
  • Sos tiram
  • Kicap
Cara-cara:
  1. Tumis bawang dengan marjerin sampai keemasan.
  2. Masukkan tepung gandum masak sampai pekat dan kacau bagi elakkan ia berketul.
  3. Tuang susu dan sedikit air, gaul sampai sekata.
  4. Masukkan lada hitam.
  5. Masukkan sos tiram dan kicap.
  6. Kacau dan angkat. Sedia untuk dihidang.
Bahan utama 
Tumis bawang dan marjerin 
Masukkan tepung 
Tuang susu dan sedikit air
Masukkan sos tiram dan sedikit kicap 
Buat pertama kali buat agak pekat sedikit kerana terlebih tepung. Tapi rasanya memang sedap.
Selamat mencuba.

Thursday, 22 September 2016

Expo Kelantan di Karnival RTC Kelantan

Assalamualaikum. Masih pada cerita cuti Raya Haji baru-baru ini. Sebelum berangkat pulang ke Rawang, Fiza bersama seluruh keluarga mertua pergi ke Ekpo Kelantan yang bertempat di RTC Kelantan. RTC adalah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) atau Rural Transformation Centre, bagi pembaca yang ingin tahu.
Expo ini memberi peluang kepada peniaga-peniaga untuk menjual pelbagai barang seperti baju, kasut, mainan kanak-kanan, makanan serta minuman, produk-produk tempatan dan sebagainya.
Antara tarikan yang menarik perhatian pengunjung adalah adanya Euro Fun Fair. Ferris wheel yang sangat besar sehinggakan dari jauh sudah nampak kemeriahannya.
Bayaran masuk untuk dewasa RM 4.00 manakala kanak-kanak RM 2.00
Itu hanya untuk bayaran masuk sahaja, kalau nak main permainan, lain pula harganya. Waktu operasi sehingga jam 12 malam. Agak kecewa juga kerana kami dari Tanah Merah ke Kota Bharu mengambil masa 2 jam hendak sampai. Puncanya sebab kesesakan lalu lintas. Maka ada lebih kurang 1 jam sahaja bagi kami untuk berada dalam suasana fun fair tersebut.
Token bernilai RM 2,00. Permainan bergantung kepada jumlah token.
Token dewasa untuk Euro Wheel. 4 token seorang.
Euro Wheel. Boleh bawa Thaqif bersama.
Thaqif muka mengantuk tetapi excited tengok lampu-lampu.
Bersedia untuk gayat. Euro Wheel nie memang besar dan naik pun mestilah tinggi. Seluruh expo boleh nampak. Indah betul suasana malam di Kota Bharu.
Yang lain-lain gambar sempat Fiza ambil sepanjang berada di expo. 
Pemandangan daripada atas sewaktu berada dalam Euro Wheel:
 
Begitulah suasana dan kemeriahan yang kami rasakan. Memang ramai betul pengunjung yang hadir. Mujur juga dapat menaiki Euro Wheel sahaja. Kalau tidak mesti banyak belanja keluar kalau lagi lama kat situ. Betul tak?
Wassalam.

Wednesday, 21 September 2016

Komen dipilih Majalah PaMa Oktober 2016

Assalamualaikum. Alhamdulillah, sejak menjadi pembaca setia Majalah  Pa&Ma dan sentiasa mengikuti perkembangan  Pa&Ma di FB, rezeki untuk masuk dalam majalah dilihat seperti mudah walaupun hanya secebis komen dan idea yang disumbangkan.
Fiza buat kedua kali telah berjaya dipilih untuk masuk dalam Majalah PAMA dan ketiga kali buat Thaqif.
Majalah Pa&Ma Oktober 2016
Ruangan Mama serba tahu muka surat 39
Fiza telah menyumbangkan sedikit tips dalam Ruangan Mama Serba Tahu yang mana Fiza begitu menitikberatkan penjagaan anak dalam memastikan anak sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.
Kebersihan dan Keselamatan Diutamakan
Anak kami baru berusia setahun 4 bulan dan sangat lasak. Oleh yang demikina, saya amat memandang berat terhadap kebersihan dan keselamatan di dalam rumah. Dari sudut kebersihan saya sentiasa memastikan tiada makanan yang tertinggal di atas lantai kerana anak saya akan mengutipnya. Lantai perlu disapu setiap hari dan dimop setiap minggu.
Dari sudut keselamatan, tangga dan bucu-bucu tajam wajib dilindungi bagi mengelak kemalangan jatuh tangga atau terhantuk kepala. Pemasangan pagar keselamatan bayi (safety gate) untuk tangga, pelindung bucu (corner protector) bagi melindungi bucu-cucu tajam. Laci serta karbinet dapur juga saya akan pastikan dipasangkan dengan selak karbinet (carbinet latch) supaya anak tidak dapat membukanya dan bagi mengelakkan jari tersepit.
Tidak menyangka idea yang disumbangkan sesuai untuk menjadi bahan bacaan untuk ibubapa di luar sana. Alhamdulillah. 
Wassalam.

Bacaan Tambahan