Wednesday, 30 November 2016

Biodata Mason Moon Moorhouse

Assalamualaikum.
Korang pernah layan movie Baby and I lakonan Jang Geun-suk bersama baby Mason Moon. Jalan cerita yang sangat comel dan membuatkan Fiza menitiskan air mata kerana kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka berdua ini.
Fiza bukan hendak review mengenai filem korea tahun 2008 ini, tetapi tertarik dengan Baby Mason Moon. Baby Mason Moon Moorhouse (lahir 21 Mac 2007) adalah seorang pelakon kanak-kanak kacukan Kanada - Korea dan merupakan juga seorang model. 
Disebabkan kecomellan dia, kecil-kecil sudah ada kerjaya.
Jun 2008 (Baby and I)
Kini Mason Moon telah berumur 9 tahun dan makin kacak.
Antara babak dalam filem Baby and I.
Anak kacukan Bapa Kanada -  Ibu Korea
Pada tahun 2010 Mason Moon adalah model untuk jenama fesyen Benetton Group.
Pada tahun 2012 Mason Moon dipilih sebagai wajah R.ROBOT jenama kanak-kanak. 
Wajah kacukan mestilah comel kan.  Mommies yang preggy boleh tenung gambar baby Mason.
Dapat iras-iras pun jadilah, hehe.
Wassalam.

Wordless Wednesday : Positive Thought

Assalamualaikum..
Dari mata turun ke hati,
Dari hati naik ke minda,
Lihat perkara yang positif,
Simpan rasa yang positif,
Lakukan perkara yang positif.


Tuesday, 29 November 2016

Tiket percuma untuk menyaksikan Disney's Moana

Assalamualaikum. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada Fiza apabila berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah untuk Disney's Moana Preview Screening yang dianjurkan oleh Astro Circles dan Disney Kids Club. Pemenang diberikan 4 tiket wayang untuk menyaksikan Moana Screening di GSC One Utama beserta 1 unit  Disney Goodie Bag.
Tarikh tayangan adalah pada Ahad lepas iaitu pada 27 November 2016. Dapatlah Thaqif merasa pengalaman pertama memasuki panggung wayang. 
An adventurous teenager sails out on a daring mission to save her people. During her journey, Moana meets the once-mighty demigod Maui, who guides her in her quest to become a master way-finder. Together they sail across the open ocean on an action-packed voyage, encountering enormous monsters and impossible odds. Along the way, Moana fulfills the ancient quest of her ancestors and discovers the one thing she always sought: her own identity.


4 keping tiket edisi terhad Disney Moana

Pengalaman pertama Thaqif.
Daddy pun ada. Teman kami.
Sebelum cerita bermula.
Mujur Thaqif pandai tengok kartun. 
Tapi biasa la budak-budak, bukan hendak duduk diam.
 Kalau boleh dia nak buat macam di rumah sebab kat dalam panggung pergerakkan Thaqif terbatas.
Terima kasih Disney Kids Club.
Cerita yang sangat best dan 
merupakan filem animasi 3D yang sangat ceria dan penuh dengan aksi.
Nak tahu apa yang terkandung dalam Goodie Bag ini. 
Fiza akan buat entry lain. 
Tayangan ini dibawa khas oleh Disney Kids Club & Astro Circle. Disney Moana bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Disember 2016. Selamat Menonton.
Wassalam.

Monday, 28 November 2016

Bermain Boling di Wangsa Bowl, Wangsa Walk

Assalamualaikum. Sabtu lepas, kami pergi ke Wangsa Walk untuk menemani Daddy bermain boling. 
Mereka mengadakan pertandingan boling sebagai aktiviti untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dalam satu jabatan. Pertandingan Boling tersebut diadakan di Wangsa Bowl yang terletak di tingkat 2, Wangsa Walk.
Wangsa Bowl
Tim boling Mr. Hubby
Semua kakitangan yang hadir. Penuh semua lane.
Daddy lama tak bermain boling. Boleh ke tu.. skill dah berhabuk rasanya. 
Trofi buat pemenang
Fiza ambil je gambar trofi. Tim daddy kalah.. hehe
Thaqif menunggu dengan sabar jugak pada mulanya.
Tapi nak tunggu 3 game set. Hurrmmm..
Kesudahannya berlarian dan bertawaf mama dengan Thaqif kat situ.
Fiza sempat round Wangsa Walk dengan Thaqif. 
Cari makan sebab kami lapar.
Kami makan Nachos cheese, kayaball cheeseball dan air green tea.
Kesudahannya memang Fiza letih berkejar dengan Thaqif. Anakku yang aktif. 
Nak buat macam mana kan.
Wassalam.

Thursday, 24 November 2016

Gaya Hijab Terkini 2016

Pasti terasa bosan apabila mengenakan Hijab yang sama apabila hendak keluar dari rumah atau ke pejabat. Dengan corak dan rekaan Hijab masa kini, sudah pasti wanita yang berhijab mahukan rekaan Hijab yang menarik untuk digayakan sebagai "Outfit of the Day".
Langkah bijak adalah dengan membuat pembelian atas talian disamping dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Trend fesyen tudung terkini juga telah memperlihatkan pelbagai gaya hijab terkini dengan stail yang moden. Populariti trend fesyen Muslimah telah naik secara mendadak selepas menjadi gaya pilihan bagi fashionista Muslimah moden. Golongan ini semakin dikenali sebagai hijabista di mana mereka agak menonjol di pentas fesyen Malaysia buat masa ini. Kebanyakan mereka terdiri daripada ramai blogger Malaysia terkenal yang menggayakan style fesyen Muslimah moden. Stail yang digayakan oleh mereka mendapat perhatian pembaca dan peminat fesyen di seluruh Malaysia lantas mencipta fenomena hijab moden terbaru. 
Tudung kini juga antara aksesori fesyen yang semakin popular di Malaysia. Wanita Muslim mengenakannya bukan sekadar untuk bergaya namun kerana menuntut perintah agama agar menutup aurat.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini nilai pasaran tudung melonjak tinggi selepas mendapat sentuhan rekaan dan stail yang lebih segar dan moden daripada pereka-pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Hatta Dolmat, Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini. Koleksi fesyen hijab terkini yang ditawarkan oleh mereka boleh didapati dengan harga mampu milik bersama kualiti yang cukup menakjubkan! 
Antara variasi jenis tudung yang boleh didapati di Malaysia ialah tudung bawal, tudung satin, tudung Syria, selendang dan macam-macam lagi.

Tudung adalah satu item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama yang dipraktikkan. Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.
Mendapatkan tudung murah kini lebih mudah dengan pembelian atas talian. Untuk pengetahuan anda di luar sana banyak website online shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi tudung terkini untuk wanita online. Pilih butik tudung online yang terbaik demi kepuasan anda sendiri!



Tuesday, 22 November 2016

Mencari bunga hiasan di Nurseri Bunga, Sg. Buloh

Assalamualaikum. Fiza nak ceritakan pengalaman pertama membeli bunga di Flower Nursery yang terletak berhampiran Hospital Besar Sg. Buloh.
Kalau korang nak tahu, area Sg. Buloh memang banyak jual pokok bunga, pokok hiasan dan pelbagai hiasan taman dengan harga yang berpatutan. 
Selama ini, Fiza pergi kerja, balik kerja, tak berminat pun untuk singgah di nursery bunga kat tepi-tepi jalan tu.
Hari Selasa lepas, Fiza ambil cuti tahunan dan temankan MIL mencari bunga sebab Ma memang hobi menanam bunga perhiasan untuk laman rumah di kampung.
Waktu tengah hari dan cuaca agak panas.
Tengok pokok-pokok bunga ini terasa macam berada di Cameron Highland pula.
Promosi sempena hari Krismas, 3 pasu RM 15.00.
Murah kan..
Terpikat betul sebab walaupun cuaca panas, ada pokok-pokok hiasan buatkan sejak mata memandang.
Patut la orang cakap kalau nak mata sihat lihat warna hijau.
Pokok daun merah, memang unik.
Bunga ini menarik perhatian Fiza.
Thaqif peneman Mama.
Tok Ma dan Thaqif.
Bukan senang nak pilih dan beli bunga bila dah rambang mata.
Daripada tak minat bunga jadi jatuh hati pula nak membeli lagi lepas ini.
Macam mana boleh jadi macam ini pula nie.
Harap ada kesungguhan untuk memastikan bunga sentiasa mekar dan cantik.
Wassalam.

giveaway miniature photography by waza studios

Assalamualaikum. Jom sama-sama meriahkan GA dari blogger  
Klik banner untuk penyertaan

Syarat-syarat penyertaan

1) terbuka kepada semua blogger di malaysia
2) mempunyai blog dan instagram
3) follow blog dorayakino.blogspot.com
4) follow instaram waza_studios
5) copy entry dan banner di atas(link kan ke entry ini) dan buat satu entry bertajuk giveaway miniature photography by waza studios di blog anda
6) letakkan link blog penyertaan anda di dalam ruangan komen ini
7) tarikh tamat giveaway ini adalah pada 1 disember 2016 pada pukul 10 malam.

Wassalam.

Friday, 18 November 2016

Lunch di Restoran Food Jam, Sg. Buloh

Assalamualaikum. hari Selasa lepas Fiza ambil cuti tahun sambil bawa mak mertua jalan-jalan mencari bunga. Waktu tengah hari Fiza bawa Ma dan Thaqif ke Restoran Food Jam yang terletak di  Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh.
Pejabat Fiza pun berdekatan dengan restoran ini, tapi tak pernah singgah. Alang-alang dah cuti, Fiza cuba singgah sebab member cakap makanan yang disediakan sedap dan harga pun berpatutan.
Restoran Food Jam, BRP
Menu Western Food
Thaqif menunggu makanan sampai, air chocolate yang sedap.
Dekorasi dalaman ala old school
Dekorasi dalaman yang kemas dan teratur
Fiza ambil menu Double Decade, ada Fish, fries, coleslaw, brocoli tambahan 5 fish nugget dengan fries.
Double Decade
Fish Nugget.
Kami makan bertiga, memang tak habis, siap tapau bawa balik sebab perut dah penuh. Menu pun banyak. Kalau nak pergi ajak ramai-ramai baru meriah. 
Wassalam.

Wednesday, 16 November 2016

Wordless Wednesday : Berkata benar walaupun pahit

Assalamualaikum.
Google Image
Wassalam.


Produk dan baucer Ardini Essentials hadiah Majalah Pa&Ma

Assalamualaikum. Bulan Oktober 2016 yang lalu, komen Fiza telah dipilih dalam Ruangan Mama Serba Tahu. Alhamdulillah, hadiah telah selamat sampai. Hadiah yang diterima berupa produk Ardini Essentials serta baucer bernilai RM 10.
Ruangan Mama serba tahu muka surat 39
Majalah Pa&Ma Oktober 2016
Parcel produk Ardini Essentials 
 Ardini Essentials Deep Facial Cleanser with Habbatussauda 
Baucer RM 10 Ardini Essentials
Dengan baucer ini boleh la Fiza beli Ardini Essentials, Habbatus Sauda Skincare Set. Dengar kata produk ini bagus merawat kulit muka.
Wassalam.

Bacaan Tambahan