Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Resipi : Roti sosej dengan keju Crunchy

15:12

Assalamualaikum. Asal resipi ini Fiza dapat daripada Facebook. Bila tengok resipi dia rasa menarik dan senang untuk dibuat. Fiza pun akan kongsikan cara-cara macam mana untuk hasilkan makanan yang mudah ini.
Roti sosej dengan keju Crunchy
Bahan-bahan:
  • Sosej
  • Roti
  • Biskut kering
  • Chesdale
  • Telur

Cara-cara:
  1. Rebus sosej sehingga lembut.
  2. Lenyekkan roti, ini bagi mengelak roti daripada menyerap minyak apabila proses menggoreng nanti.
  3. Seterusnya letak cheese pada roti yang dipenyek tadi. Letakkan sosej di atasnya. Gulung dengan kemas,
  4. Pecahkan telur dan kisar biskut sehingga halus.
  5. Celupkan roti dalam telus, kemudian gulingkan roti di atas serbuk biskut.
  6. Sedia untuk goreng. Agak-agak sudah kekuningan, boleh angkat dan hidangkan.

Bahan-bahan
Sosej direbus terlebih dahulu 
Lenyekkan roti 
Serbuk biskut 
Sedia untuk gulung 
Proses menggulung 
Roti siap celup telur dan disalut serbuk roti. 
Siap digoreng 
Sesuai untuk bekal pagi atau hidangan minum petang.
Mudah dan senang bukan. Barang pun senang nak cari. Cicah dengan sos cili memang tak sedar dah habis 3 gulung roti.
Selamat mencuba. Wassalam.



You Might Also Like

6 kitty baik hati komen

  1. eh eh lebih kurang sama pulak. Tapi versi saya lain sikit. Nanti nak try resepi ni jugak. JYEAH!

    ReplyDelete
  2. Anak2 suka la makanan macam ni... 😁

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah