10 Permainan Meningkatkan Kemahiran Motor Anak Kecil

14:29

Assalamualaikum. Pada hari Rabu yang lepas Fiza telah menghantar Thaqif buat check up umur 2 tahun. Thaqif diuji untuk mendirikan kiub secara menegak dan Thaqif gagal ujian tersebut. Nurse nasihatkan supaya ajar anak utuk dirikan kiub. Tidak diberitahu sebabnya. Setelah pembacaan barulah Fiza faham kenapa. Ia adalah ujian untuk menguji perkembangan motor halus Thaqif.
MOTOR HALUS
Perkembangan motor didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan. 
Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Semua aktiviti termasuk manipulasi mimik muka melibatkan penggunaan motor halus.
Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.
MOTOR KASAR
Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Aktiviti seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak.
Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan kanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap. Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk memastikan mereka dapat memanjat. 
Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang, atau semasa memanjat.
Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan locomotor) juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk merangkak atau melompat seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan motor kasar. Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan fizikal dalam aktiviti seperti ini. 

CONTOH AKTIVITI MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS

Motor halus
  • Bermain pasir
  • Mengikat tali kasut
  • Memasang butang baju
  • Mengguna sudu dan garpu
  • Membentuk objek dari plastisin
  • Memotong kek atau mainan plastisin
  • Melekatkan gambar
  • Menggunakan ‘mouse’ komputer
  • Menulis nama
  • Melorek atau mewarna gambar
Motor kasar
  • Berjalan (lurus atau bengkang-bengkok)
  • Berkawad seperti askar
  • Berlari dan berhenti mengikut arahan
  • Melompat setempat
  • Melompat seperti katak
  • Meniru gerakan haiwan (kucing, arnab, ular)
  • Memegang palang dan berhayun
  • Memanjat tempat mainan
  • Membaling dan menangkap bola
  • Menendang dan menolak pelbagai objek seperti gelung rotan
Sumber FB

10 Permainan Meningkatkan Kemahiran Motor Anak Kecil


Intellectual Building Blocks Box 
Kinetic Sand With Colors
Kid Puzzle Educational Building Blocks Bricks
Multi-learning Early Education Development Wooden Beads Tool Box
Non Toxic DIY Polymer Magic Clay Set
Puzzle Colourful Building Blocks
Puzzles Animal-Body-Match Maze

Rock A Stack
Wooden Block Set
Wooden fraction shape puzzle toy
Fiza perlu fokus untuk membeli permainan dan mendedahkan Thaqif kepada perkara yang dapat meningkatkan perkembangan motor kasar dan halusnya. Boleh berhenti dulu beli mainan seperti kereta sebab sebelum ini tiada ilmu berkenaan perkara ini. Sekarang baru faham.
Wassalam.

You Might Also Like

4 kitty baik hati komen

  1. Dulu kecik-kecik kenapa lah tak ada permainan sebegini kan... hihi... memang terbaik info ni, supaya ibu bapa dapat bezakan jenis permainan dan kebaikkannya pada anak kecil...

    ReplyDelete
  2. permainan seperti ni boleh asah motor skill anak-anak..naura suka main blok tu

    -Kisahsidairy-

    ReplyDelete
  3. dah dua tahun rupaya Thaqif ehe

    riang ria dunia kanak2..suka fae tgk warna2 ceria mainan atas tu

    ReplyDelete
  4. Motor kasar dan motor halus.

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah