Find us on Facebook

Penginapan di Samudera Hotel, Kuala Besut, Terengganu

Assalamualaikum. Short Vacation kami ke Negeri Terengganu bermula apabila mendapat jemputan kahwin di Jertih. Memandangkan perjalanan daripada Rawang ke Jertih memang jauh, kami perlu mengambil hotel untuk menginap selama satu hari sahaja.

Cari punya cari di website Agoda, jumpa Hotel Samudera yang mana harganya agak berpatutan. Tempahan dibuat sebulan awal memandangkan waktu tersebut cuti sekolah. 

Samudera Hotel sebenarnya menyediakan tempat penginapan untuk pelancong yang dalam perjalanan ke Pulau Perhentian. Hotel ini terletak di Kuala Besut, yang mana ia merupakan pintu masuk ke pulau perhentian bersebelahan dengan terminal bas utama dan 3 minit berjalan kaki ke jeti. Kuala Besut terletak hanya 15 km dari Jertih dan 56km dari Kota Bharu. 

Samudera Hotel

Kaunter pendaftaran

Harga bilik

Ruang untuk ke bilik yang disediakan. 

Jenis bilik: Deluxe Double 

 Kemudahan seperti Astro, wifi, penghawa dingin dan pancuran air panas juga turut disediakan.

Pemandangan dari luar tingkap

Dataran Kuala Besut 

Laut di sini dalam tak berpeluang untuk mandi

Pengunjung dan penduduk kampung pun datang lepak sini.

Tepi pesisir pantai tersedia taman permainan kanak-kanak. Tapi ibu bapa perlu buat pemantauan ketat terutamanya kami sebab Thaqif sambil bermain mata dia duk jenguk laut luas tu.




Lepas kenduri terus lepak tepi laut. Bau laut memang betul-betul mendamaikan. Seronoknya kalau rumah tepi laut.



Kalau nak cari makan malam, tak perlu susah payah untuk pergi jauh. Depan hotel terdapat pelbagai restoran dan gerai makan. 

Restoran tepi laut.

Menyediakan makanan laut dan masakan panas.

Kebetulan malam kami di sini, Dataran Kuala Besut diadakan pertandingan dikir barat betul-betul bertentangan dengan hotel kami. Agak meriah malam tersebut. Balik bilik pun masih boleh dengar dikir barat. 

 Thaqif pun layan dikir barat

Hari yang panjang, penat tetapi seronok. Perjalanan atas highway sahaja lebih kurang 7 jam. Jam 10 malam kami balik ke hotel untuk merehatkan diri memandangkan esok hendak pulang ke Rawang semula. Percutian paling pendek kami.

Nak pergi Pulau Perhentian? Boleh stay hotel nie dulu. Booking terus kat sini --> Samudera Hotel, Kuala Besut 

Post a Comment

2 Comments