Resepi Udang Galah Telur Masin

11:21


Assalamualaikum. Udang Galah selain memikirkan untuk masak lemak, satu lagi menu yang sangat mudah dan dijamin sedap iaitu Udang Galah Telur Masin. Fiza akan kongsikan menu di bawah.
Bahan-bahan:
  • 6 ekor udang galah 
  • 3 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi (ikut pedas yang diingini)
  • 1 tin susu cair
  • Tepung jagung
  • Daun kari setangkai
  • 5 biji telur masin (rebus)
  • Butter
  • Gula, Ajinomoto
Cara-cara:
1. Gaulkan ketam dan udang bersama-sama tepung jagung dan garam. Jangan banyak sangat cukup untuk menyaluti bahan.

2.  Goreng ketam dan udang tersebut sehingga kekuningan, angkat dan toskan.
3. Hancurkan telur masin yang telah direbus. Jangan lupa buang kulit dahulu.

4. Blender bawang merah dan bawang putih.
5. Panaskan 3 sudu butter dalam kuali. Masukkan bawang yang telah diblender.

6.  Masukkan daun kari dan cili.

7.  Masukkan telur masin yang telah dilenyek. Kacau sehingga naik bau.

8. Tuangkan satu tin susu cair.

9.  Masukkan gula, garam dan ajinomoto secukup rasa.
10. Masukkan ketam dan udang yang telah digoreng. Gaulkan sehingga rata dan siap untuk dihidang.
Resipi ini tidak memerlukan garam kerana masin bergantung kepada telur masin. Bergantunglah pada citarasa masing-masing. Nak makan sedap dengan kos yang rendah, maka masaklah sendiri, Selamat mencuba.

You Might Also Like

0 kitty baik hati komen