Friday, 3 March 2017

Tema Disney Pixar Cars sempena Majlis Hari Jadi Thaqif

Assalamualaikum. Pada 1 Mac 2017, genap umur Thaqif 2 tahun. Cepatnya anak mama membesar. Bertemakan Disney Pixar Cars, bertungkus lumus Fiza mencari barang-barang sehari sebelum majlis berlangsung. Majlis dibuat dengan agak sederhana sebagai kenangan buat Thaqif. Sambutan dibuat di nursery.
Sehari sebelum majlis, Fiza dan beberapa anak-anak nursery telah membantu untuk meniup balon, hiasan dinding dan packing goodies bag.
Thaqif tolong mama packing goodies bag.
Skuad meniup balon
Pada hari majlis berlansung, kebetulan anak-anak yang kecil sedang tidur. Maka senang hendak menghias meja. Yang jadi masalah budak sebesar Thaqif, dorang memang tak sabar bila tengok gula-gula dan jajan atas meja. Biasa la budak-budak. Sambutan bermula jam 12.30 tengah hari.
Bertemakan Disney Pixar Cars
Kek Indulgence untuk Thaqif. 
Thaqif 2 year old.
Goodies bag dan cupcake Hokkaido
Pemanis kegemaran kanak-kanak
Pinggan, cawan dan sudu Cars.

Gambar sambutan hari jadi.

 
 
 
 
 

Masa untuk makan kek. 

 
 
 
 
 
 
 
  
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Thaqif pun seronok sangat. Majlis tamat jam 2 petang. Cepat, ringkas dan padat. Happy birthday anak mama dedi Muhammad Thaqif Khalaf bin Mohd Faizul. Mama dedi sentiasa doakan Thaqif menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat. 
Terima kasih kepada cikgu mak dan cikgu niza kerana bersama-sama menjayakan majlis yang sederhana ini serta buat kawan-kawan Thaqif.
Wassalam.

6 comments

3 March 2017 at 23:27

Waahhh! meriah dan menarik sambutan hari jadinya. Selamat hari jadi Thaqif, semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa. Saya singgah sini sambil follow ya kak, jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

5 March 2017 at 09:31

hepi bestday thaqif..:)

5 March 2017 at 23:34

semoga thaqif membesar jadi anak yg soleh :)

6 March 2017 at 12:16

meriah smbutan thaqif se family dan kawan2 =D selamat hari jadi thaqif, smoga mbesar mjadi anak yg soleh kpd org tua.. amin ya rabbal amin =)

Mohd Faizul
6 March 2017 at 16:07

Happy Birthday Muhammad Thaqif Khalaf. Jadilah anak yang soleh dan berjaya dunia & akhirat. Bahagiakan Mama & Dedi sepanjang hidup dan kecapilah kesederhaan hidup dunia & akhirat.

7 March 2017 at 17:50

Moga thaqif jdi ank yg soleh buat ibu ayah..meriah biarpun mjls ringkas dan padat

Post a Comment

Bacaan Tambahan