Find us on Facebook

K-Drama Review : Mackerel Run

Assalamualaikum. Drama korea tahun 2007 iaitu Mackerel Run lakonan Lee Min-ho berkisarkan pelajar sekolah tinggi. Fiza baru sahaja tonton cerita ini dan ia hanya 8 episod. Drama yang sepatutnya mempunyai 24 episod terpaksa dipendekkan kerana mendapat penilaian penonton yang rendah dalam julat 3-4% sehingga membawa kepada pembatalan awal.


Tajuk : Run! Mackerel Go Mackerel
Genre : Comedy, Drama, High school
Episod : 8
Rangkaian Siaran : SBS

Sinopsis

Cha Gong-chan (Lee Min-ho) dapat memasuki sekolah swasta teratas dan mewah yang terletak di Daerah Gangnam, Myoung-mun High kerana kemahiran bola sepak beliau. Tetapi  dia berhenti sukan dan  mendapati dirinya seolah-olah seperti buangan dan mula untuk ponteng kelas. 
Satu hari, terdapat pelajar baru berpindah masuk ke Myoung-mun High dan gadis tersebut bernama Min Yoon-seo (Moon Chae-won). Gong-chan mula jatuh setelah melihat wajahmya. Akhirnya Gong-chan bersemangat untuk pergi ke sekolah, tetapi pentadbir sekolah memberitahu bahawa dia akan dibuang sekolah sekiranya terlambat ke sekolah untuk satu hari lagi. Gong-chan berjanji bahawa dia tidak akan berputus asa sama ada di sekolah atau cintanya.

Pelakon Utama

Lee Min-ho sebagai Cha Gong-chan

Moon Chae-won sebagai Min Yoon-seo

Kwon Se-in sebagai Baek Heon

Cerita di alam remaja biasalah ada cinta monyet, orang ketiga, cemburu dan berdengki. Watak Lee Min-ho yang gila-gila buatkan cerita nie best. Walaupun 8 episod kira oke jugak sebab dapat nengok oppa Lee Min-ho berlakon waktu zaman muda-muda. 

Post a Comment

2 Comments

  1. dah lama ju xtgk drama korea, tp series sgt suka tgk pelakon2 korea.. cntik ! =D

    ReplyDelete
  2. alaaaa LMH waktu muda muda remaja hehe..

    ReplyDelete