Find us on Facebook

K-Drama Review : Whisper

Assalamualaikum. Satu lagi drama korea berkisarkan penyiasatan dan perundangan yang menggantikan Innocent Defendant iaitu Whisper. Kalau Innocent Defendant Ji Sung adalah pelakon utama tapi bagi drama Whisper, isterinya Lee Bo Young pula yang melakonkan watak utama. Sama cantik, sama padan dan sama hebat pasangan suami isteri ini. Ia merupakan drama korea wajib tonton bulan April 2017.
Whisper
Tajuk : Whisper
Genre : Legal, Political, Romance
Episod : 16
Rangkaian Siaran : SBS

Sinopsis

Shin Young Joo (Lee Bo Young) adalah seorang detektif perempuan merupakan seorang ketua bahagian. Young Joo banyak menghabiskan sebahagian besar masanya dengan penjenayah kecil. Sementara itu, Lee Dong Joon (Lee Sang Yoon) merupakan seorang Ketua Hakim yang tulus, cemerlang, baik hati dia sentiasa mengikut undang-undang. Terjadi satu kes dimana kedua-duanya dipecat daripada bidang masing-masing dan memberi peluang keduanya untuk bekerjasama dalam menyelesaikan kes rasuah yang melibatkan firma undang-undang terbesar negara iaitu Taebak. Ia menjadi salah satu skandal terbesar untuk diselesaikan di mana pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi bagi menegakkan kebenaran.

Pelakon Utama
Lee Sang Yoon sebagai Lee Dong Joon 

Lee Bo Young sebagai Shin Young Joo

Kwon Yool sebagai Kang Jung Il

Park Se Young sebagai Choi Soo Yun

Babak Drama



 

 

Kalau korang tengok sebahagian babak kat atas itu pun korang boleh agak keseriusan drama ini. Bukan drama yang boleh buat korang gelak tapi sebaliknya korang akan menyumpah-nyumpah bila watak yang dorang lakonkan memang menjadi. Sedang ditayangkan di Astro 393 dan ulangan 2 episod berturut-turut adalah pada hari Ahad.
Pastikan korang bersedia mental dan emosi untuk menontot drama yang menarik ini. Peminat drama korea pastikan ia dalam watch list korang.

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. Memang emosi sangat tengok drama nie.. Tak berjaya tengok sampai habis.. Geram sangat.. hehehe

    ReplyDelete