Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Resipi Ketam Masak Telur Masin

16:11


Assalamualaikum. Cuti panjang yang lalu buat pertama kali Fiza mencuba menu baru iaitu Ketam Masak Telur Masin dan ditambah dengan udang galah.
Sangat mudah dan dijamin sedap.
Bahan-bahan:
  • 6 ekor ketam (kerat 2)
  • 6 ekor udang galah 
  • 3 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi (ikut pedas yang diingini)
  • 1 tin susu cair
  • Tepung jagung
  • Daun kari setangkai
  • 5 biji telur masin (rebus)
  • Butter
  • Gula, Ajinomoto
Cara-cara:

1. Gaulkan ketam dan udang bersama-sama tepung jagung dan garam. Jangan banyak sangat cukup untuk menyaluti bahan.
2. Goreng ketam dan udang tersebut sehingga kekuningan, angkat dan toskan.

3. Hancurkan telur masin yang telah direbus. Jangan lupa buang kulit dahulu.
4. Blender bawang merah dan bawang putih.
5. Panaskan 3 sudu butter dalam kuali. Masukkan bawang yang telah diblender.
6. Masukkan daun kari dan cili.
7. Masukkan telur masin yang telah dilenyek. Kacau sehingga naik bau.
8. Tuangkan satu tin susu cair.
9. Masukkan gula, garam dan ajinomoto secukup rasa.
10. Masukkan ketam dan udang yang telah digoreng. Gaulkan sehingga rata dan siap untuk dihidang.
Resipi ini tidak memerlukan garam kerana masin bergantung kepada telur masin. Bergantunglah pada citarasa masing-masing. Nak makan sedap dengan kos yang rendah, maka masaklah sendiri, Selamat mencuba.

You Might Also Like

5 kitty baik hati komen

  1. Fae mula minat makan ketam after balik2 tgk kwn beli.. sekali try nak lagi hehe..

    ReplyDelete
  2. x pernah try lagi ketam masak telur masin ni. selalunya ketam masak lomak. perghhh, nyumnyumnyum sodap :) manatau 1 hari nanti tetiba rajin nak try ketam masak telur masin XD

    ReplyDelete
  3. lama ju xmkn ketam masak telur masin ni, nmpk gmbr myelerakan pula lagi2 nmpk udang montel tu =D

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah