Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Restoran A&J Burger Grill and Western Sg. Buloh

10:06

Assalamualaikum. Cerita semalam, disebabkan teringin sangat hendak makan spegeti, Fiza pun ajaklah Along dan Lyn untuk teman lunch. 
Sebelum nak bergerak dapat pula surat cinta daripada MBSA. Pertama kali kena saman parking sebab sebelum ini Fiza gunakan pas bulanan atau kupon parking. Disebabkan ikut kata hati yang malas untuk gores, makanya surat cinta terletak cantik disebalik wiper. Apa boleh buat, lepas makan nanti kenalah balas surat cinta tu pula.
Sebelum itu, destinasi untuk lunch spegeti adalah di Restoran A&J Burger Grill and Western yang terletak di Sg. Buloh berdekatan dengan pejabat Fiza bekerja.
Restoran A&J Burger Grill and Western
Menu western  dengan harga yang agak berpatutan.
Pertama kali menjejakkan kaki ke sini dan menu yang Fiza pesan adalah spaghetti carbonara dan detox jar. Detox Jar lebih kurang macam soda herbs tapi detox jar tidak menggunakan air soda.
Detox Jar. 
Kurang manis dan terasa macam minum air kosong.
Spaghetti carbonara. 
Sedap, spagetti banyak tetapi sos agak kurang.
Chicken chop. 
Gravy terasa lada hitam yang kuat. 
Dekorasi restoran memang cantik dan hipster.
Lunch bertiga
Nampak macam negatif sangat caption yang Fiza tuliskan di setiap menu yang Fiza makan tu kan. Fiza cuma nak bagi komen yang jujur tetapi makanan yang dihidangkan tetap sedap. Kalau tidak tak kan lah licin pinggan tu. 
Lagi satu budak perempuan yang ambil order pun harap senyum lah. Muka masam je macam tak nak bekerja. Kita pulak yang serba salah nak suruh dia ambil order.
Sebelum masuk pejabat, singgah MBSA untuk bayar saman parking RM 10. Banyak pulak tu. Alahai nasibku.
Surat cinta MBSA
Pengajaran buat Fiza untuk tidak malas untuk gores tiket parking. Kat depan pejabat nie hari-hari MBSA datang. Kalau nasib tak baik memang kene la. 
Wassalam.

You Might Also Like

3 kitty baik hati komen

  1. nampak sangat hipster restoran tu :p alahai si pengambil order, kalau x senyum nanti pelanggan lari. kalau pelanggan lari, nanti takda gaji. ye dak?

    ReplyDelete
  2. perna jg ju kena mcm ni, malas gores ingtkn kejap xda DBKK nak dtg check. balik tgk kreta, smpai da mlekat sudar cinta huhuh. Btw, nmpk myelerakan mknn dekat sna even waitress xnak snyum, abaikan jela yg penting mknn masuk perut =D

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah