Melawat Ladang Teh di Cameron Valley Tea

16:46

Assalamualaikum. Sambungan percutian 2 hari 1 malam di Cameron Highland, dalam perjalanan untuk pulang ke Rawang, kami singgah ke  Ladang Teh di Cameron Valley Tea.  Memandangkan ini bukanlah  percutian kali pertama kami ke Cameron Highland, sekadar untuk manfaatkan cuti yang ada dan membawa Thaqif jalan-jalan ke tempat yang sejuk, jadi tak banyak tempat yang kami singgah.
Cameron Valley Tea
Cafe dengan pemandangan ladang teh.
 



 
 
  
Berbeza dengan ladang boh, di sini pengunjung dikenakan caj RM 2.00 seorang untuk masuk dan mendekati ladang teh. Pemandangan ladang teh yang hijau memang sangat mendamaikan. Lepas bergambar, kami pun pulang. Janji niat ke sini untuk makan ice cream strawberry waffle tercapai. Jauh betul mencarinya.
Wassalam.

You Might Also Like

1 kitty baik hati komen

Bacaan tambahan