Minggu ke 30 Kehamilan

12:17

Assalamualaikum. Ini merupakan entry pertama mengenai pregnant anak kedua Fiza yang bakal lahir pada bulan Disember 2017. Insyaallah. 
Alhamdulillah, hari ini juga  telah mencecah hari yang ke 211 dan berbaki 69 hari hari lagi. Bila masuk trimester ketiga Fiza alami batuk yang kuat. Sampai sakit perut. Tapi bersabar sahaja dan hanya amalkan makan madu untuk kurangkan batuk dan harap akan sembuh. Bila batuk hendak tidur malam pun susah. 
Buku pink kedua.
Untuk perkongsian pembaca blog ourmemoria.my, ini adalah kehamilan ketiga tetapi kandungan kedua setelah mengalami keguguran pada April 2016. Alhamdulillah. Rezeki Allah apabila diberi pregnant untuk kali ketiga. Bila dah ada pengalaman buat D&C (boleh baca di sini), maka tak nak pisang berbuah dua kali. Memang kandungan kali ini Fiza jaga betul-betul. Syukur result check up pada Isnin lepas baby dalam keadaan sihat dan baik. 
Sekarang sudah cecah 30 minggu. Pejam celik macam tak lama lagi hendak menjejak bulan Disember. Fiza minta korang doakan segalanya dipermudahkan. 
Penat dan mengantuk bila waktu tengah hari memang tak dapat dielakkan. Lepas makan tengah hari mesti nak terlelap sekejap. Update blog pun jarang sebab nak buka blog pun jadi malas. Hehe.. bukan nak salahkan baby tapi mood mama yang memang kelaut.
Apa-apa pun Fiza masih terus menulis selagi ada idea dan perkongsian yang nak dikongsikan. Harap korang tak jemu singgah ke blog ini.
Wassalam.

You Might Also Like

0 kitty baik hati komen

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah