K-Drama Review : Revolutionary Love

15:08

Assalamualaikum. Drama yang seronok untuk dilayan hujung-hujung tahun nie, tak lain tak bukan Revolutionary Love. Siri ini merupakan drama lakonan pertama buat Choi Si-won selepas  menjalani perkhidmatan ketenteraannya.
Google image
Tajuk : Revolutionary Love
Genre : Romantik Komedi
Episod : 16
Rangkaian Siaran : tvN

Sinopsis

Merupakan kisah persahabatan, cinta dan  harapan pemuda dari kelas kedudukan yang berbeza. Byun Hyuk (Choi Si-Won) adalah anak dari keluarga kaya yang menjalankan sebuah syarikat besar. Dia hidup bahagia tanpa tujuan tertentu. Dia yakin dengan wanita dan dia juga naif, dengan hati yang baik. Byun Hyuk mula tinggal di sebuah studio di kawasan yang miskin. Dia menyembunyikan latar belakangnya.

Baek Joon (Kang So-Ra) tinggal di kawasan yang sama. Dia bekerja sambilan untuk memenuhi keperluan kehidupannya. Baek Joon lulus dari universiti yang baik, tetapi dia tidak dapat menduduki pekerjaan di sebuah syarikat dan mula mengambil kerja sambilan. Dia positif dan penuh keadilan, tetapi hidupnya berubah ketika Byun Hyuk muncul.

Pelakon Utama

Choi Si-won sebagai Byun Hyuk

Kang So-ra sebagai Baek Joon

Gong Myung sebagai Kwon Jae-hoon
Babak Drama



Cerita yang seronok untuk dilayan dan jalan ceritanya juga mudah. Adakah Byun Hyuk dapat mengubah syarikat bapanya dengan caranya sendiri? Macam mana Byun Hyuk hendak mengatasi abang kandungnya yang kelihatan dengki dan tamak dengan harta syarikat? Jom kita layan episod Revolutionary Love sampai habis.
Wassalam.

You Might Also Like

3 kitty baik hati komen

  1. menarik! dahla minat juga siwon ni .
    bolehlaa layan sementara tunggu sambungan black :)

    ReplyDelete
  2. suka KangSora tapi tak suka Siwon so tak jadi tengok ehhe =P

    ReplyDelete

Bacaan tambahan