Tuesday, 31 January 2017

Menikmati rasa asam pedas ori di Asam Pedas Sg. Sembilang (Atok)

Assalamualaikum. Hari kedua famili mertua di Rawang, suami bersepakat untuk bawa Ma, Abah, adik-adik ipar serta sepupu untuk mekan tengah hari di Asam pedas Atok yang terletak di Sg. Sembilang. Ini adalah kunjungan kali kedua Fiza serta suami setelah kecewa tidak dapat menikmati asam pedas ikan sembilang. Entry berkaitan boleh baca di sini.
Kami bertolak seawal 11 pagi dan jangka sampai pukul 12 tengah hari. Terkejut bila tengok kedai masih tidak mempunyai pengunjung. Rupanya kami sekeluarga adalah orang yang terawal tiba.
Menu wajib cuba, Kambing Bakar Original Pedas Manis. Memang berebut masing-masing hendak mencuba dan memang tidak mengecewakan. Belum sempat nasi sampai, kambing habis kami makan dahulu. 
Semua menu yang disediakan pedas, Maka Thaqif terpaksa makan kentang goreng dengan keju. Menu ini khas untuk anak teruna mama. 
Kerang bakar, hidangan sampingan sementara menunggu masak asam pedas sampai.
Oleh kerana kami sekeluarga seramai 10 orang, menu asam pedas yang dipilih adalah asam pedas ikan cencaru, asam pedas ikan pari dan asam pedas ikan kembung. Asam pedas ikan sembilang tiada buat hari ini. 
Jemput makan Abah dan ma
 
Faizi pun jemput makan jangan malu-malu 
Mama ajak bergambar, tetapi Thaqif tidak sudi.
Bagi gajet baru sudi. 
Kesimpulannya, makan di Asam Pedas Sg. Sembilang (Atok) memang sedap dan harga sangat berbaloi. Sebab itu kami pilih kedai makan ini buat kali kedua. Destinasi seterusnya kami akan ke Kuala Selangor. Nantikan entry seterusnya ya.
Wassalam.

Menikmati angin malam di Menara berkembar Petronas

Assalamualaikum. Cuti tahun baru cina kali ini kami tidak ambil keputusan untuk pulang ke Kelantan memandangkan tidak sanggup untuk menghadapi jem. Famili mertua dan adik ipar mengambil keputusan untuk datang ke rumah kami untuk menghabiskan cuti sekolah. Aktiviti pertama kami bawa dorang jalan-jalan di Kuala Lumpur pada tengah malam. 
Seronok Thaqif berkawan dengan sepupu 
Dorang bukan pertama kali ke sini, saje hendak habiskan malam tersebut dengan aktiviti berjalan-jalan. Kami nak penuhkan aktiviti dorang sepanjang berada di Kuala Lumpur. 
Menara berkembar Petronas. 
Thaqif bersama sepupu. 
Malam Tahun Baru Cina. 
Meriah dan ramai pengunjung di kawasan sekitar. 
Waktu ini jam menunjukkan pukul 12.51 pagi. Mata Thaqif pun masih segar lagi. Lepas tu kami terus bergerak pulang sebab aktiviti untuk hari esok telah diatur. Semoga tidak bangun lambat esok. 
Wassalam.

Thursday, 26 January 2017

Resipi : Roti sosej dengan keju Crunchy

Assalamualaikum. Asal resipi ini Fiza dapat daripada Facebook. Bila tengok resipi dia rasa menarik dan senang untuk dibuat. Fiza pun akan kongsikan cara-cara macam mana untuk hasilkan makanan yang mudah ini.
Roti sosej dengan keju Crunchy
Bahan-bahan:
  • Sosej
  • Roti
  • Biskut kering
  • Chesdale
  • Telur

Cara-cara:
  1. Rebus sosej sehingga lembut.
  2. Lenyekkan roti, ini bagi mengelak roti daripada menyerap minyak apabila proses menggoreng nanti.
  3. Seterusnya letak cheese pada roti yang dipenyek tadi. Letakkan sosej di atasnya. Gulung dengan kemas,
  4. Pecahkan telur dan kisar biskut sehingga halus.
  5. Celupkan roti dalam telus, kemudian gulingkan roti di atas serbuk biskut.
  6. Sedia untuk goreng. Agak-agak sudah kekuningan, boleh angkat dan hidangkan.

Bahan-bahan
Sosej direbus terlebih dahulu 
Lenyekkan roti 
Serbuk biskut 
Sedia untuk gulung 
Proses menggulung 
Roti siap celup telur dan disalut serbuk roti. 
Siap digoreng 
Sesuai untuk bekal pagi atau hidangan minum petang.
Mudah dan senang bukan. Barang pun senang nak cari. Cicah dengan sos cili memang tak sedar dah habis 3 gulung roti.
Selamat mencuba. Wassalam.



Wednesday, 25 January 2017

Wordless Wednesday : Be Yourself

Assalamualaikum. 
Image Source
An original is always worth more than a copy.
Just be be yourself.

Monday, 23 January 2017

Ayam rangup berapi di Chicken Rice Shop sempena Tahun Baru Cina

Assalamualaikum. Sempena Tahun Baru Cina, The Chicken Rice Shop telah mempromosikan set menu Ayam Rangup Berapi with Prosperity Rice. Fiza bawa Thaqif ke Aeon Rawang pada hujung minggu yang lepas. Kami pergi berdua sahaja sebab Dedi ada aktiviti kayuhan basikal di Cyberjaya.
Mama dating dengan anak teruna.
Memandangkan kami hanya berdua, Fiza memilih Meal A yang didatangkan dengan Ayam Rangup Berapi (2pcs), Pak Choi with oyster sauce, 1 bowl of prosperity rice dan sup.
Meal A seorang makan.
Ayam rangup berapi
Prosperity Rice, rasa kuah masam manis
Sayur Pak Choi
Tambahan Nyonya pai tee. Menu wajib kalau ke sini.
Jom la makan mama, Thaqif dah lapar sangat nie.
Agak-agak muat mulut tak nie..
Sedap sangat ayam rangup berapi. Bagi Fiza tidaklah berapi sangat, tetapi memang rangup. Korang cuba la pula. harga pun berbaloi. Lapas makan kami round-round Aeon Rawang sambil cuci mata. Seronok ada Thaqif jadi peneman mama hujung minggu. Balik rumah dua-dua pengsan kepenatan. 
Wassalam.

Wednesday, 18 January 2017

Wordless Wednesday : Speechless

Assalamualaikum.
Image Source
Speechless.. either Smile or Cry

Tuesday, 17 January 2017

Tarikh cantik 17.01.17

Assalamualaikum. Korang perasan tak tarikh hari ini cantik kan. Tarikh yang hanya ada pada hari ini dan tidak akan berulang lagi. Tunggu pula 17.07.17. Tarikh tu pun cantik.
Kalau tarikh ini kene pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad mesti ramai yang berlumba nak buat tarikh keramat. Betul tak?
Entry ini hanya untuk suka-suka. Oh ya, hari semalam pejabat kami telah menerima kedatangan bos baru. Fiza masih terasa kekok dengan bos baru. Hari ini nampak semuanya berjalan lancar. 

Monday, 16 January 2017

Sedapnya makan di Asam Pedas Sg. Sembilang (Atok)

Assalamualaikum. Minggu lepas kami ke Pantai Remis untuk menikmati Asam pedas Atok yang terletak di Sg. Sembilang. Untuk percaya sendiri betapa sedap asam pedas di gerai tersebut, kami pergi sendiri untuk merasainya.
Asam pedas Sg. Sembilang (Atok) terletak Pantai Remis, dan gerainya agak ke dalam sedikit. Walaupun cuaca panas, tapi bayu laut buatkan gerai ini selesa dan yang pastinya  ramai pengunjung yang datang.
Asam pedas Sg. Sembilang
Pengunjung yang tidak putus sejak jam 1200 tengah hari.
Kami bertolak dari Rawang dan tiba di gerai tepat jam 12 tengah hari. Pada waktu itu tidak ramai pengunjung. Makanan yang disediakan juga cepat dan tidak sangka beberapa minit selepas itu, ramai yang menunggu giliran untuk mendapatkan meja.
Menu istimewa Masak lemak Cili Api Daging Rusa.
Menu yang kami hendak cuba tiada pada waktu ini memandangkan rusa belum sampai. Kami pun memilih Kambing Bakar Original sebelum menu utama sampai.
Menu Western.
Kambing Bakar Original Pedas Manis
Menu Asam pedas dengan pelbagai jenis ikan
Nasi putih telur masin
Kailan ikan masin bersama sambal belacan
Asam pedas ikan pari
Rasanya memang terbaik. Asam pedas memang kegemaran En. Hubby. Fiza lebih menggemari kambing bakar.
Dedi tak pandang kiri kanan
Thaqif buat muka sebab semua menu pedas. 
Maaf yer sayang.
Apa lagi. Korang boleh singgah makan di sini kalau teringin untuk menikmati asam pedas. Asam pedas ikan sembilang, pari, cencaru, kembung serta pelbagai jenis kari boleh dipesan. Lepas makan boleh berkunjung ke pasar makanan laut berdekat untuk mencari ikan segar. 
Wassalam.

Friday, 13 January 2017

WELCOMING JANUARY GIVEAWAY

Assalamualaikum.. Jemput join yer.
Welcoming January GiveAway 07-17 January 2017
JOIN WELCOMING JANUARY GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk Welcoming January GiveAway
2. Like FB Page : EcaDwinkyAsha Blog
3. Letakkan link entry korang di SINI.


Menjamu selera di De’ Chiengmai Thai Seafood Restaurant

Assalamualaikum. Rezeki kami satu pejabat bila Pengurus Besar belanja makan tengah hari bermenukan cita rasa Thailand. Ini kali kedua Fiza berkunjung ke De’ Chiengmai Thai Seafood Restaurant yang terletak di Jalan Kampung Melayu, Sungai Buloh. Menu utama yang menjadi kegemaran Fiza adalah Mix Tomyam kerana kuah tom yam menggunakan air kelapa muda.
De’ Chiengmai Thai Seafood Restaurant
Kakitangan Finance, Payroll dan PA bergabung. 
Kakitangan Finance dan HR. 
Ita Finance, Fiza PA, Aida Merketing dan Lyn HR.
 Menu mula sampai Air Longan 
Sambil menunggu menu tiba. 
Kakitangan lain. 
Menu utama yang dihidangkan adalah nasi putih bersama Mixed Tomyam, Mixed Vege, Kerabu Mangga,  Chicken Cooked in Fragrant (Pandan) dan Siakap in Special Blended Sweet and Sour Sauce.
Mixed Tomyam. 
Mixed Vege 
Kerabu Mangga 
Chicken Cooked in Fragrant (Pandan)
First time makan dan rasanya sebab menu ini, wajib repeat kot datang ke sini. 
Siakap in Special Blended Sweet and Sour Sauce 
Pengurus Besar bersama Pengurus Cawangan 
Restoran dihiasi lanskap kolam ikan
Menu yang dihidangkan sangat sedap dan semua menu yang dihidangkan licin. Tempat makan juga selesa serta luas. Sesuai untuk majlis makan besar. Terima kasih bos kerana belanja kami semua. Alhamdulillah. 
Wassalam.

Bacaan Tambahan