Friday, 24 February 2017

Rupa biskut Gery Cheese Crackers

Assalamualaikum. Dapat juga Fiza merasa biskut viral, biskut Gery. Tertanya-tanya macam mana la bentuk biskut ini kan. Fiza kongsikan rupa biskut gery nie.
Gery Cheese Crackers
Biskut disaluti gula dan keju
 
Atas salut keju
 
Bawah salut gula
Biskut Gery Fiza dapat pemberian kawan di pejabat baru pulang dari Sabah. Kat semenanjung memang tak jual ke, sebab tak nampak lagi tapi kat online ada. Memang sedap. Makan 2 keping rasa nak lagi. 
Siapa dah makan komen sikit.
Wassalam.

Thursday, 23 February 2017

K- Drama Review ~ Goblin

Assalamualaikum. Drama korea yang mencetuskan kontroversi dan dikatakan mampu menyesatkan akidah orang Islam, Goblin atau Guardian: The Lonely and Great God. Selain itu, ada juga komen netizen bahawa heroin pula tidak berapa cantik. 
Bagi Fiza kalau sekadar untuk menonton tiada salahnya dan ia adalah sekadar hiburan dan bukan untuk kita mempercayainya. Bab heroin mungkin betul juga tidak berapa cantik kalau hendak dibandingkan dengan drama korea pecah tv (selalu pecah panggung) yang lain.
Goblin
Tajuk : Goblin, Guardian: The Lonely and Great God
Genre : Fantasy, Romance
Episod : 16
Rangkaian Siaran : tvN
Sinopsis
Pada zaman dahulu, Kim Shin (Gong Yoo) adalah seorang General perang yang tiada tandingannya dalam peperangan, tetapi Raja Muda (Kim Min-Jae)  cemburu dengan Kim Shin dan membunuhnya. Kim Shin menjadi Dokkaebi (Goblin), dan memiliki kehidupan yang abadi. Pada mulanya dia memikirkan bahawa dia diberkati, tetapi dia sedar bahawa dia adalah terkutuk.
Pada zaman sekarang pula, Kim Shin menunggu pengantin manusia selama 900 tahun untuk menamatkan kehidupan abadi. 
Pada suatu malam, dia telah menyelamatkan wanita hamil (Park Hee-Von) yang telah ditakdirkan untuk mati. Sementara itu, malaikat maut (Lee Dong-Wook) tidak dapat mencari wanita hamil yang mati tersebut. Wanita itu melahirkan seorang bayi perempuan bernama Ji Eun-Tak (kemudian dimainkan oleh Kim Go-Eun).  Ji Eun-Tak mampu untuk melihat hantu.
Pelakon Utama
Gong Yoo sebagai Kim Shin 
(Goblin)
Kim Go-eun sebagai Ji Eun-tak
Lee Dong-wook sebagai Wang Yeo,
(Grim reaper)
Yoo In-na sebagai Kim Sun (Sunny)
Yook Sung-jae sebagai Yoo Deok-hwa
Kalau ikutkan watak hero dengan heroin, Fiza tak berapa minat, tapi suka tengok Lee Dong-wook dan Yoo In-na. Sweet sangat dorang dua nie. Cerita yang best tapi jalan cerita memang sangat menyimpang dengan agama islam. Tapi terpulang pada kita janji tidak mempercayainya. 
Peminat korean drama, pastikan korang tidak terlepas untuk layan cerita best ini.
Wassalam.

Aksi mandi manda Thaqif Khalaf di Ulu Yam, Sg. Tua.

Assalamualaikum. Pengalaman pertama Thaqif mandi sungai. Sejujurnya Fiza memang tak minat dengan air sungai sebab terlalu sejuk. Kalau mandi memang mengigil-gigil. Tapi sebabkan Thaqif pun tidak pernah lagi merasai air sungai, Dedi bawa kami mandi di Ulu yam.
Reaksi Thaqif bila nampak sungai. 
Wow, wow.. sambil sengih sampai ke telinga. 
Sejuknya mama. 
Macam ini rupa air sungai yer. 
Thaqif duduk kat batu jelah, sejuk menggigil dah nie. 
Rehat jap. Nak sambung tepuk air lagi.
 Sejuk sangat tapi seronoklah Mama.  
Nak berenang macam mana nie. Berenang atas batu je la.
Seronok tengok Thaqif mandi. Rasanya lepas ini kene bawa Thaqif datang lagi. Perancangan hendak mandi sungai ini last minute planning sebenarnya. Bekal, tikar pun kami tak bawa. Bawa baju persalinan jer. Lepas ini nak bawa bekal makanan. Berkelah kat sana terus. Mesti lagi seronok kan. 
Wassalam.

Wednesday, 22 February 2017

K-Drama Review ~ Innocent Defendant

Assalamualaikum. Kalau korang boleh tahan yang mana jalan cerita menjurus kepada perundangan dan aksi gentar. Jangan ketinggalan untuk layan K-Drama Innocent Defendant. Mesti korang akan merasa sakit hati dan tidak senang duduk dengan watak jahat yang dimainkan oleh Um Ki-joon sebagai Cha Sun-ho.
Innocent Defendant
Tajuk : Innocent Defendant
Genre : Legal, Thriller
Episod : 18
Rangkaian Siaran : SBS
Sinopsis
Park Jung-woo adalah seorang pendakwa di Pejabat Pendakwa Daerah Seoul Tengah. Satu hari, dia bangun dari tidur dan mendapati dirinya seorang banduan yang sedang menunggu hukuman mati. Mengalami amnesia sementara, Jung-woo tidak mengingati apa yang berlaku sehingga dia boleh berada di dalam penjara. Dia berjanji untuk berjuang dan mendapatkan kembali ingatannya sekali gus membersihkan namanya.
Pelakon Utama
Ji Sung sebagai Park Jung-woo 
Um Ki-joon sebagai  Cha Sun-ho / Cha Min-ho (kembar)
Kwon Yu-ri sebagai  Seo Eun-hye
Oh Chang-seok sebagai  Kang Jun-hyuk
Peminat K-drama, pastikan korang tidak terlepas untuk menonton Innocent Defendant. Jalan cerita yang tidak dijangka dan betapa kesabaran dan kebijaksanaan yang maksimum diperlukan untuk menangani manusia yang licik. Drama ini juga penuh dengan debaran dan buatkan kita jadi risau dengan tindakan Park Jung-woo.
Watak yang dimainkan oleh Um Ki-joon pasti buat korang seperti nak tumbuk je muka dia. Tapi itu hanya lakonan dan ianya benar-benar menjadi.
Teruskan menonton di saluran Astro 393 HD. Jangan geram sampai tumbuk televisyen yer.
Wassalam.

Wordless Wednesday : Maturity vs Age

Assalamualaikum,
Image Source
Age doesn't define maturity. Some people will never grow up. 
Wassalam.

Tuesday, 21 February 2017

Hokkaido Chiffon Cupcakes lembut tidak terkata

Assalamualaikum. Bukan nak kongsikan resepi tapi nak kongsikan pengalaman makan Hokkaido Chiffon Cupcakes. Pertama kali lihat dan rasa cupcake pemberian sempena hari jadi di nursery Thaqif. Teruja juga bila lihat Hokkaido Chiffon Cupcakes nie. Al maklumlah tak pernah tengok secara live.
Bentuk Hokkaido Chiffon Cupcakes yang comel
Satu untuk Thaqif, satu untuk mama
Makan tak pandang kiri kanan.
Pembuat Hokkaido Chiffon Cupcakes nie ade kedai bakery. Patutlah rasanya sedap. Survey harga RM 1.50 sebiji. Berpadanan dengan rasa dan kelembutan chiffon. Niat gaji nanti nak tempah sekotak. Tak puas makan sebiji. Wassalam.

Monday, 20 February 2017

Sarapan pagi di Kafe Hipster HM Ali Teh Tarik Cafe

Assalamualaikum. Baru sahaja beroperasi di kawasan deretan kedai berhampiran Taman M Residence, Jalan Bandar Tasik Puteri dan terletak berdekatan dengan tempat tinggal kami. Bila masuk cafe korang pasti akan terpegun dengan dekorasi cafe yang sangat cantik dan kemas bertemakan cafe hipster serta moden.
HM Ali Teh Tarik Cafe, M Residence
Dekorasi yang selesa dan teratur
Perabot Berasaskan kayu pallet 
Thaqif pun tidak mahu duduk di baby chair, sebab ada sofa berbantal miow 
Menu nasi lemak pilihan Fiza  
Kalau tak cukup sudip dan senduk di rumah boleh ambil kat sini yer.. acah jer.. hehe
Kemain rancak Thaqif bersembang, faham ke Dedi.
Sempat breakfast dengan Thaqif dan dedi pagi ini.
Cafe dibuka seawal 7 pagi dan tutup jam 12 tengah malam. Selain breakfast, cafe ini turut menyediakan masakan panas dan juga masakan barat. Oleh sebab ia berdekatan dengan rumah kami, pasti kami akan singgah lagi. 
Wassalam.

Friday, 17 February 2017

Beriadah pada waktu malam di Putrajaya

Assalamualaikum. Sebelum ini pernah ke Putrajaya pada waktu malam tetapi tidak sangka di Dataran Putrajaya menjadi tempat beriadah untuk seisi keluarga pada hujung minggu.
Happening sungguh dan terdapat ramai peniaga yang menggunakan peluang ini untuk menyewa basikal, kereta mainan kanak-kanak, buih belon dan macam-macam lagi. 
Dataran Putrajaya 
Pejabat Perdana Menteri 
Masjid Putrajaya. Agak kurang lampu 
Thaqif sudah mula teruja. Kalau lepaskan jenuh nak berkejar. 
Kanak-kanak bermain buih sabun 
Sewa satu kereta untuk jalan-jalan.
Thaqif tumpang sekali yer.
Seronok pula dapat tengok gelagat orang pada waktu malam. Macam ini la rupanya rakyat Malaysia meluangkan masa dengan ahli keluarga setelah 5@6 hari bekerja.  Fiza pula memang penat sebab berkejar dengan Thaqif. Laju betul la Thaqif lari. Risau hilang sebab Thaqif memang tidak takut dengan orang. 
Wassalam.

Thursday, 16 February 2017

Ciri-ciri pembawakan ibu mengandung

Assalamualaikum. Rindu rasanya nak pregnant lagi. Kalau ada rezeki lagi Fiza memang teringin sangat. Rezeki anak ketiga pula. Anak kedua tidak sempat untuk melihat dunia. Nanti ada masa Fiza akan ceritakan.
Pembacaan ini untuk mereka yang beumur 18 tahun ke atas. Terbaca banyak komen di FB mengenai muka Stacy yang makin kembang kerana preggy. Ada yang komen macam-macam. Biasalah kalau sudah pregnant ini. Kembang sana, kembang sini. 
Pengalaman Fiza pregnantkan Thaqif,  kembang tang muka dan tak jemu nak cantik walaupun muka kembang semangkuk.
Berikut adalah ciri-ciri Pembawakan Wanita Bersalin (copy paste FB)
1. Ade orang kembang tang muka
2. Ade orang kembang tang badan
3. Ade orang kembang tang kaki
4. Ade orang jadi rimas bila melaram
5. Ade orang suke  melaram
6. Ade orang mulai nampak stretchmarks
7. Ade orang selepas bersalin baru ada stretchmarks
8. Ade orang jadi sombong, susah senyum & feel down
9. Ade orang jadi  ceria happy go lucky
10. Ade orang alah dengan bau
11. Ade orang suka bau yang pelik-pelik
12. Ade orang muka jadi tidak cantik
13. Ade orang muka maintain cantik
14. Ade orang timbul lingkaran pada leher 
15. Ade orang ketiak jadi hitam
16. Ade orang  jadi sangat sensitif
17. Ade orang  jadi  berani semacam
18. Setiap org berbeza-beza jenis saiz perut
19. Ade orang pusat timbul ade yang tenggelam atau rata terus
Dan bermacam-macam lagi.
Para lelaki dan suami perlulah faham. Wanita preggy jadi tidak cantik sebab semua kecantikkan mama dia baby dah tarik. Tunggu lepas bersalin, in syaa Allah baby mesti comel sangat. 
Wassalam.
Image Source

Family time : Makan malam dan berkunjung ke Fun Fair Anggun Rawang

Assalamualaikum. Tarik nafas, lepas.
Lama betul nak update cerita 2 minggu lepas. Cerita Famili mertua datang melawat kami. Waktu siang kami bawa ke Sg. Sembilang dan Bukit Malawati, Kuala Selangor. Balik kami singgah di cendol bakar.
Hari yang sama, malam pula kami pula dibawa makan di satu restoran berdekatan Bandar Tasik Puteri, Hijrah Seafood.
 
 
 
Di sini memang restoran yang sesuai untuk bawa famili besar. Boleh dikatakan malam tu semua meja penuh dengan pengunjung sebab harga makanan yang sangat berpatutan. 
Selepas makan, kami singgah ke Fun fair bersebelahan Aeon Rawang. Anak-anak sedara seronok sangat dapat datang sini.
Mama teman Thaqif yer.
Thaqif teman dedi naik bumper car. Kemain lagi dia.
Satu hari yang penuh dengan aktiviti buat kami sekeluarga. Esok kami bercadang untuk berehat di rumah dahulu sebab malam esok kami akan ke Putrajaya. Tunggu sambungan cerita selanjutnya. Wassalam.

Wednesday, 15 February 2017

Wordless Wednesday : Love Yourself

Assalamualaikum. 
Minggu yang sibuk di tempat kerja sampai tak sempat nak jenguk blog bulan nie.
Image Source
Apa-apa pun, dont forget to love yourself.
Okey.
Wassalam.

Bacaan Tambahan