Wednesday, 22 March 2017

Wednesday Meme : Cat vs Bunny

Assalamualaikum.
Image Source


Penginapan di Samudera Hotel, Kuala Besut, Terengganu

Assalamualaikum. Short Vacation kami ke Negeri Terengganu bermula apabila mendapat jemputan kahwin di Jertih. Memandangkan perjalanan daripada Rawang ke Jertih memang jauh, kami perlu mengambil hotel untuk menginap selama satu hari sahaja.
Cari punya cari di website Agoda, jumpa Hotel Samudera yang mana harganya agak berpatutan. Tempahan dibuat sebulan awal memandangkan waktu tersebut cuti sekolah. 
Samudera Hotel sebenarnya menyediakan tempat penginapan untuk pelancong yang dalam perjalanan ke Pulau Perhentian. Hotel ini terletak di Kuala Besut, yang mana ia merupakan pintu masuk ke pulau perhentian bersebelahan dengan terminal bas utama dan 3 minit berjalan kaki ke jeti. Kuala Besut terletak hanya 15 km dari Jertih dan 56km dari Kota Bharu. 
Samudera Hotel
Kaunter pendaftaran
Harga bilik
Ruang untuk ke bilik yang disediakan. 
Jenis bilik: Deluxe Double 
 Kemudahan seperti Astro, wifi, penghawa dingin dan pancuran air panas juga turut disediakan.
Pemandangan dari luar tingkap
Dataran Kuala Besut 
Laut di sini dalam tak berpeluang untuk mandi
Pengunjung dan penduduk kampung pun datang lepak sini.
Tepi pesisir pantai tersedia taman permainan kanak-kanak. Tapi ibu bapa perlu buat pemantauan ketat terutamanya kami sebab Thaqif sambil bermain mata dia duk jenguk laut luas tu.
Lepas kenduri terus lepak tepi laut. Bau laut memang betul-betul mendamaikan. Seronoknya kalau rumah tepi laut.
Kalau nak cari makan malam, tak perlu susah payah untuk pergi jauh. Depan hotel terdapat pelbagai restoran dan gerai makan. 
Restoran tepi laut.
Menyediakan makanan laut dan masakan panas.
Kebetulan malam kami di sini, Dataran Kuala Besut diadakan pertandingan dikir barat betul-betul bertentangan dengan hotel kami. Agak meriah malam tersebut. Balik bilik pun masih boleh dengar dikir barat. 
 Thaqif pun layan dikir barat
Hari yang panjang, penat tetapi seronok. Perjalanan atas highway sahaja lebih kurang 7 jam. Jam 10 malam kami balik ke hotel untuk merehatkan diri memandangkan esok hendak pulang ke Rawang semula. Percutian paling pendek kami.

Tuesday, 21 March 2017

Pengantin Baru vs Pengantin Lama

Assalamualaikum. Musim cuti sekolah untuk bulan Mac 2017 telah bermula. Maka banyaklah jemputan kahwin kan. Kali ini kami dapat jemputan untuk hadir makan kenduri kahwin di Jertih, Besut, Terengganu.
Jemputan ini adalah daripada senior Palapes kami semasa menuntut di Universiti Malaya dan boleh kata kawan rapat dengan suami. 
Sama cantik sama padan.
Pengantin Baru
Pengantin lama 
Hampir 6 tahun tidak berjumpa.
Tahniah buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia sehingga ke Jannah. Perjalanan kami kesana mengambil masa lebih kurang 6 jam. Bila dah terlajak ke sana, banyak lagi cerita yang hendak dikongsikan dan nantikan short vacation story daripada Fiza yer. 
Wassalam.

Friday, 17 March 2017

Penebusan mata Astro Circle

Assalamualaikum. Sebagai pelanggan Astro, Fiza tidak akan melepaskan peluang untuk menebus mata ganjaran yang diberikan oleh pihak astro buat semua pelanggan.
Mata terkumpul membolehkan kita menebus barangan melalui katalog penebusan yang disediakan. Sebelum ini Fiza juga telah menebus pelbagai barangan Astro. Boleh baca di sini.
Parcel sampai dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penebusan.
Kali ini Fiza telah menebus DVD Frozen memandangkan cerita ini memang favorite Fiza. Selain itu terdapat juga DVD Cinderella dan DVD Big Hero 6 untuk pilihan penebusan dengan 1000 mata. 
DVD Frozen 
Cepat rebut peluang untuk menebus mata ganjaran, kalau lambat barang out of stock. Layari Astro Circle, semak point korang. Mana tahu dapat tebus barang kesukaan korang.
Wassalam.

Salam Jumaat : Hati mesti baik

Assalamualaikum..
Image Source


Thursday, 16 March 2017

Makan tengah hari di Restoran Makanan Laut Riverview, Kuala Selangor

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah bila dapat jemputan daripada bos untuk hadir bersama makan tengah hari bersama dua orang Pengarah Syarikat. Ini adalah kunjungan kedua Fiza ke Restoran Makanan Laut Riverview, Pasir Penambang, Kuala Selangor. Disini menu yang dihidangkan adalah menu makanan laut.
Sesi makan tengah hari ini dibuat untuk suai mesra antara Pengurus Besar yang baru bersama Pengarah Syarikat. 
Hari ini sungai kelihatan agak keruh. 
Menu makan untuk kami berlima.
Antara Pengarah Syarikat yang hadir. 
Pengurus Besar (kiri)
Tengah ambil gambar, gambar kita pula diambil.
Datin dan Puan yang sporting.
Sebelum pulang kita bergambar dulu,
Seronok dapat makan bersama dan mereka semua memang sporting walaupun berpangkat besar. Terasa diri kecil kalau hendak dibandingkan dengan mereka tetapi layanan mereka tidak membezakan pangkat. Terima kasih bos atas jemputan. 
Wassalam.

Giveaway March by herneenazir.com

Assalamualaikum. Jom jemput join, mana tahu ada rezeki.
Klik banner nak join
Hadiah menarik:
1 x Supermom Planner 2017 (Ada 2 muka surat #doodlebyherneenazir yang boleh diwarnakan)
1 x Supermom Personal Notebook
3 x Topup RM10

Syarat-syarat sah penyertaan:
1. Follow blog herneenazir.com (senaraikan di bloglist anda)
2. Like Fanpage herneenazir.com
3. Follow https://www.instagram.com/herneenazir/
4. Add To Circle Google+ Hernee Nazir
5. Buat entri bertajuk Giveaway March by herneenazir.com, copy banner dan backlink ke entri ini.
6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen di entri ini.
7. Giveaway akan bermula pada 15 Mac sehingga 26 Mac 2017 jam 11.59 malam.

Wednesday, 15 March 2017

Wordless Wednesday : Thanks my computer

Assalamualaikum,
True indeed.
TQ my computer, laptop, smartphone.... >_<

Tuesday, 14 March 2017

Tempat menarik untuk dilawati sempena cuti sekolah sekitar Selangor

Assalamualaikum. Sempena cuti sekolah, pasti ibu bapa tercari-cari tempat menarik, dengan bajet yang kecil untuk membawa famili berjalan-jalan. Ada beberapa senarai tempat dan destinasi yang Fiza rasa sesuai untuk membawa seisi keluarga bercuti.
Taman Burung dan Taman Rama-rama Kuala Lumpur
Image Source
Bila datang Kuala Lumpur mesti terfikir ia adalah tempat untuk membeli belah. Tapi sebenarnya Taman Burung dan Taman Rama-rama adalah tempat yang sangat popular bagi pelancong dari luar negara. Burung di sini bebas berterbangan tanpa sangkar kecuali burung helang dan burung hantu kerana ia specis yang agak agresif.
Taman rama-rama pula menempatkan lebih 5000 ekor rama-rama. Terdapat juga haiwan lain seperti serangga eksotik dan Japenese Koi Fish untuk tarikan pengunjung.

Taman Botani Negara, Shah Alam
Image Source
Taman Botani Negara Shah Alam (dahulunya dikenali Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam) dengan keluasan 817 hektar. Terdiri daripada 11 taman menarik yang boleh dikunjungi seperti Rumah Iklim Empat Musim, Taman 1Malaysia, Taman Herba dan banyak lagi menanti kunjungan pengujung. (sumber FB)
Taman Cabaran, Putrajaya
Image Source
Taman direka dengan baik telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2009 dan mempunyai tiga tarikan utama:
- Indoor Rock Wall Climbing Complex (Kids rock Climbing juga disediakan)
- Skate Park and Thrill Park
- Mountain Bike Trails
Pantai Morib, Banting, Selangor
Image Source
Destinasi percutian popular buat warga Kuala Lumpur dan Selangor.  Resort popular di sini adalah Gold Coast Morib International Resort. Laut Morib adakalanya sesuai untuk mandi dan kadang kala tidak. 
Janda Baik, Bentong, Pahang
Image Source
Bagi ibu bapa yang berkehendakkan ketenangan dan jauh dari keriuhan kota, Janda Baik adalah tempat yang terbaik kerana terdapat hampir 12 resort percutian serta homestay yang ditawarkan di Janda Baik. Aktiviti yang pengunjung boleh lakukan adalah seperti berkelah, mandi sungai, berbasikal, menaiki ATV, bermain paintball serta berkhemah. Janda Baik adalah lokasi yang sesuai untuk mengadakan aktiviti team building.

Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
Image Source
FRIM menyediakan peluang kepada pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang hutan dan pada masa yang sama untuk berehat dan menyegarkan diri dengan persekitaran yang tidak tercemar. Dengan banyak rekreasi luar dan pendidikan awam di atas tanah, FRIM telah menjadi tempat yang popular untuk berkelah, berjoging, penunggang basikal, pelancong dan kumpulan kajian alam semula jadi. Sebaliknya, ia dipilih sebagai acara hari keluarga, acara mencari harta karun, perkhemahan, aktiviti melihat burung, merentas hutan, majlis perkahwinan dan fotografi alam semula jadi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-6279 7575 (FRIM One Stop Centre).

Hutan Lipur Kemensah, Hulu Klang
Image Source
Air terjun yang yang paling berhampiran dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Terletak berhampiran dengan Zoo Negara. Sesuai untuk aktiviti bersama keluarga kerana di sini disediakan pondok serta chalet untuk penginapan.

Bukit Malawati, Kuala Selangor
Image Source
Bukit Malawati merupakan tempat tinggalan sejarah dan ia merupakan pusat pentadbiran dan kubu kuat Kesultanan Selangor pada abad ke-19 ke-18. Banyak kubu dibina di puncak bukit pada waktu tersebut. Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim 1782-1826 untuk melawan Belanda.
Kalau hendak tahu lebih lanjut, korang boleh baca sejarah Bukit Malawati di sini.
8 tempat yang Fiza senaraikan ini  antara tempat menarik untuk bawa anak-anak menghabiskan cuti sekolah sambil ibu bapa juga boleh mengambil peluang untuk tenangkan fikiran setelah penat bekerja. Kalau ikutkan banyak lagi tempat yang menarik. Sekadar perkongsian idea.
Wassalam.

Tayangan Beauty and the Beast di Malaysia Ditangguhkan

Assalamualaikum. Berdasarkan sumber yang Fiza baca, tayangan Disney Beauty and the Beast di Malaysia mungkin akan dibatalkan kerana terdapatnya watak berunsurkan homoseksual yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. 
Image Source
Filem yang dibintangi Emma Watson sebagai Belle dan Dan Stevens sebagai Beast ini sepatutnya ditayangan pada 16 Mac di Malaysia. Semakan di panggung wayang TGV dan GSC di laman web menunjukkan bahawa masa tayangan filem itu semua telah dikeluarkan. 
Pihak Disney tetap mengemukan rayuan dan apa yang mungkin boleh berlaku ialah jika Disney menang rayuan, filem itu akan ditayang mungkin lebih lewat.
Peminat Filem Disney jangan bersedih, mesti mereka akan cuba mengatasi masalah ini. 
Wassalam.

Monday, 13 March 2017

Tips penjagaan kanta lekap @ contact lens

Assalamualaikum. Baru-baru ini Fiza ada terbaca mengenai Berita Harian mengenai penderitaan yang dialami wanita terbabit yang mempamerkan bahagian kiri matanya merah selain terdapat kesan putih pada bahagian kornea matanya.  
Titik beratkan kebersihan tangan dan kanta lekap
Tidak dinafikan pemakai kanta lengkap ingin kelihatan cantik dan tidak mahu menggunakan cermin mata kerana sukar untuk melaksanakan tugas harian terutamanuya di tempat kerja, tetapi jangan ambil mudah terhadap penjagaan kanta lengkap.
Kanta lekap trend masa kini.
Berikut adalah 10 tips penjagaan kanta lekap:
  1. Memastikan tangan sentiasa bersih ketika menyentuh kanta lekap.
  2. Pastikan kanta lengkap dibilis menggunakan cecair yang dikhaskan sebelum dan selepas dipakai.
  3. Jangan bersihkan kanta lekap dengan air atau selain cecair yang dikhaskan.
  4. Rendam kanta lekap selepas digunakan dan tutup rapat.
  5. Jangan tidur ketika masih memakai kanta lekap.
  6. Beli kanta lekap berjenama dan dapatkan nasihat pakar mata.
  7. Jangan terus memakai kanta sekiranya terdapat alahan atau radang.
  8. Jangan pakai kanta lekap melebihi 8 jam.
  9. Jangan menggosok mata jika gatal, sebaliknya keluarkan kanta tersebut.
  10. Jangan menggunakan kanta lekap melebihi tempoh penggunaan yang telah ditetapkan (1 bulan @ 3 bulan)
Jika kita mengambil kira kesemua aspek kebersihan dan penjagaan kanta lekap dengan betul, In syaa Allah pemakaian kanta lekap tidak akan menjadi masalah besar. Fiza juga antara pengguna kanta lekap selama 14 tahun menggantikan cermin mata. Alhamdulillah setakat ini tidak mengalami masalah yang besar. Sekiranya mata penat, cepat tanggalkan bagi mengelak masalah lain. 
Wassalam.

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

Assamualaikum

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.
Kisahnya di SINI.

Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna.  Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...
Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.
** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Friday, 10 March 2017

Jamuan Meraikan Kejayaan Latihan Menembak Tahunan 2017

Assalamualaikum. Jumaat lepas telah diadakan jamuan ringkas bagi menghargai usaha kakitangan syarikat dalam menjayakan Latihan Menembak Tahunan 2017 yang telah berlangsung pada 25 Februari 2017. Entry lepas boleh baca di sini. 
Siap susun, tunggu staf datang. 
Selfie dulu sebelum yang lain sampai.
Banyak sampai boleh bawa balik. 
Antara yang hadir.
Jamuan ini adalah rancangan bos dan semua staf tidak tahu mengenai rancangan ini. Ini semua adalah sebagai menghargai kakitangan syarikat yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan Latihan Menembak Tahunan dan upacara wajib setiap tahun.
Waasalam.

Bacaan Tambahan