Assalamualaikum. Sebagai pelanggan Astro, Fiza tidak akan melepaskan peluang untuk menebus mata ganjaran yang diberikan oleh pihak astro buat semua pelanggan.
Mata terkumpul membolehkan kita menebus barangan melalui katalog penebusan yang disediakan. Sebelum ini Fiza juga telah menebus pelbagai barangan Astro. Boleh baca di sini.
Parcel sampai dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penebusan.
Kali ini Fiza telah menebus DVD Frozen memandangkan cerita ini memang favorite Fiza. Selain itu terdapat juga DVD Cinderella dan DVD Big Hero 6 untuk pilihan penebusan dengan 1000 mata.
DVD Frozen
Cepat rebut peluang untuk menebus mata ganjaran, kalau lambat barang out of stock. Layari Astro Circle, semak point korang. Mana tahu dapat tebus barang kesukaan korang.
Wassalam.