Find us on Facebook

Hello kitty Mini Fan kipas USB yang comel

Assalamualaikum.. Korang pernah tengok kipas Hello Kitty berbentuk hello kitty tak? Pantang Hello kitty tak nak beli pun akan terbeli. Tapi kipas ini memang keperluan sangat-sangat tambah pula musim panas.
Masa round-round kat The Store Sg. Buloh, Fiza pergi ke satu kedai menjual pelbagai barang-barang comel yang terletak di tingkat 3. Nama kedai memang tak ingat pula. Saja nak cuci mata terjumpa kipas comel ni.

Rak pameran.

Kipas USB mudah alih boleh dicas semula gunakan elektrik atau power bank memang sangat fleksibel. Harga pula hanya RM 29.00. Pelbagai bentuk kipas dijual di sini tapi Fiza tetap berkenan dengan kipas kartun hello kitty.

Kotak pun comel

Agak berat sedikit tapi boleh dibawa kemana-mana

Putaran kipas juga laju

Didatangkan dengan cahaya lampu

Kalau ada anak kecil memang elok sangat ada kipas portable. Cas sahaja dan tidak perlu nak membeli bateri. Fiza pernah beli kipas untuk stroller, pakai sekejap je dan sekarang dah rosak. Bateri habis kena beli bateri baru. Baik beli kipas macam USB, hanya perlu cas sahaja. 
Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. alahai comelnya. letak kat opis pun cantik, buat lampu tidur pun lawa, hehe

    ReplyDelete
  2. Memang comel la hai kipas Hello Kitty tu... siap ada lampu tu...

    ReplyDelete