Find us on Facebook

Kelahiran puteri sulung di Wisma Bersalin Ikhwan, Country Homes, Rawang

Assalamualaikum dan salam Jumaat.. Terasa tenang sangat hari ini bila Fiza dapat ke pejabat lebih awal daripada biasa. Masa drive untuk hantar Thaqif dan baby ke nursery pun tiada masalah. Semalam je baby meragam tak mahu duduk dalam baby carseat memandangkan semalam hari pertama Fiza ke pejabat selepas cuti 2 bulan. Hari ini baby dah cuba untuk menyesuaikan diri.

Pada 23 Disember 2017, Fiza telah selamat melahirkan seorang baby Girl pada jam 0057 pagi dengan berat 3.5kg di Wisma Bersalin Ikhwan, Country Homes, Rawang. Syukur kerana semua urusan dipermudahkan dan petang pada hari yang sama juga Fiza dah boleh bawa baby pulang ke rumah.


Baby kami diberi nama Huwainaa Khayra yang bermaksud ketenangan dan kebaikan. Insya Allah baby Huwainaa akan sentiasa berada dalam keadaan tenang dan membesar menjadi anak yang solehah serta anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


 
Huwainaa Khayra 1 bulan.

Abang Thaqif dah ada kawan sekarang. Biasa lah awal-awal memang dia cemburu dengan baby Huwainaa tapi sekarang alhamdulillah nampak dia makin sayang pada baby Huwainaa.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah... ^^ samalah adik Hana pun dah cukup sebulan :3

    ReplyDelete
  2. atotototo tomeynyaaa dia. alhamdulillah rezeki ^*

    ReplyDelete