Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF) di Rawang

11:27

Assalamualaikum. MATHAF telah bertapak di Rawang bersebelahan Aeon Mall Anggun City, Rawang, Selangor pada 23 Mac sehingga 1 April 2018. MATHAF bawakan makanan import dari Thailand khas untuk orang di Rawang pula.


Antara menu baru yang ada di MATHAF adalah seperti Ais Kepal Milo, Ais Kelapa, Ais Mangga Sampan, Ais Berasap, Telur Goreng Seafood, Teh Ais Cincau, Pad Thai, Kerabu Sotong Bakar, Ketam, Roti John dll.

Alang-alang dah sampai ke Rawang dan dekat pula dengan rumah, rugi pula kalau tak pergi. Kami pergi pada hari terakhir MATHAF berlangsung. Betul-betul waktu itu matahari tengah terpacak atas kepala sebab niat asal nak keluar mencari makan tengah hari. Mujur kawasan bertutup dan banyak kipas. Bahang masih terasa tetapi boleh lagi duduk kat tapak MATHAF.

Sampai je mata terus tertumpu kat Gerai Mangga Float 

Terliur bak hang

Pulut mangga memang terkenal kalau makan kat kedai seafood

Ketam dan seafood

Gerai Meatball

Baby Crab Ori Thai

Yong Tau Foo, bihun berkuah tom yam

Gerai BBQ

Kami tunggu dedi beli makanan

Mama dan Huwainaa

BBQ Ayam

Nasi Goreng Krabi

Ais Kepal Milo

Thaqif makan baby crab

Lepas makan kami pusing-pusing MATHAF. Memang cuaca agak panas tapi sebab dah sampai redah jela. Huwainaa sampai tertidur kat bahu mama.

Pelbagai jenis kerepek dan kekacang

Gerai jualan

Terbatal pantang tak boleh minum ais. 
Sedap betul manggo float.

Menu semuanya sedap. Paling best nasi goreng krabi. Baby Crab dan Manggo Float kami beli lebih untuk dibawa pulang. Harap MATHAF sudi lagi untuk berkunjung ke Rawang kerana banyak lagi makanan yang kami tak sempat nak merasa.
Wassalam.

You Might Also Like

1 kitty baik hati komen

Bacaan tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah