Pengalaman membeli belah di Shopee Malaysia

12:58

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.

Assalamualaikum. Fiza sekarang memang jarang keluar untuk membeli barang di shopping mall melainkan nak membeli barang basah untuk memasak. Sejak ada Lazada, 11streets, Fave, Shopee dan macam-macam lagi website membeli belah dalam talian, makin senang rasanya nak mencari barang. 

Fiza pula baru kenal shopee sebab sebelum ini kawan-kawan bagitahu shopee murah dan tiada caj penghantaran. Fiza pun daftar dan nak lihat betul ke apa yang dorang kata.

Yes betul apa yang dikata tetapi cas penghantaran percuma untuk pembelian pertama setiap hari. Oke sangat la tu. Sekurang-kurangnya kalau nak beli banyak kali terasa jugak sayang duit disebabkan caj penghantaran.

Apa yang Fiza suka mengenai Shopee adanya sistem pengumpulan shopee coins yang boleh kita tebus bila hendak membuat pembayaran. Beli, dapat shopee coins dan tebus. 


Barang pertama yang Fiza beli. 
Tshirt kanak-kanak


Pembelian kedua t-shirt kanak-kanak

Mesti korang cakap banyaknye beli T-shirt kanak-kanak kan. Sebelum ini Fiza menghadapi kesukaran untuk dapatkan t-shirt kegemaran Thaqif. Dia minat sangat dengan t-shirt kartun seperti Superwing, Robocar Poli, Baby Shark dan macam-macam la kartun yang tengok kat Astro Ceria. Akhirnya dapat penuhi permintaan Thaqif.

Gambar baju dan bagaimana Thaqif menggayakan baju kartun dia Fiza akan tulis dalam entry yang lain pula. Diharap pengalaman Fiza membeli di shopee dapat membantu pembaca yang was-was mengenai pembelian secara online di Shopee Malaysia

Wassalam.

You Might Also Like

0 kitty baik hati komen

Bacaan tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah