Adik membelasah abang

10:48

Assalamualaikum. Semenjak kehadiran Huwainaa, makin meriah rumah. Si adik sekarang dah pandai mengusik abang. Tapi bila abang usik dia sikit terus menangis. Pandai betul.


Ingat masa Huwainaa baru pulang dari hospital, hari pertama di rumah. Thaqif tak sengaja menampar pipi Huwainaa. Waktu itu memang terkejut tengok Thaqif buat macam itu. Huwainaa punya menangis memang kuat.

Mana tak nya, hari pertama di rumah dah kene penampar. Mama tak marah Thaqif sebab waktu itu Thaqif tak tahu macam mana nak tunjukkan kasih sayang dia.



Sekarang masing-masing dah kenal. Huwainaa dah kenal abang dia. Thaqif pun tak akan lupa Huwainaa kalau nak pergi mana-mana. Mesti dia akan ingatkan mama untuk bawa Huwainaa. 

Mama sayang Thaqif dan Huwainaa. Nyawa mama, harta dunia akhirat.

Wassalam.

You Might Also Like

4 kitty baik hati komen