Cara Mencegah HFMD

16:25

Assalamualaikum. Statistik kanak-kanak dijangkiti Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) di Malaysia semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ia sangat membimbangkan Fiza sebagai seorang ibu dan langkah berjaga-jaga sentiasa diambil bagi mengelakkan anak-anak daripada dijangkit.

Tapi minggu lepas Fiza telah diberi MC selama 3 hari untuk menjaga baby Huwainaa di rumah kerana dia disahkan mendapat HFMD. Bila ada beberapa bintik di lengan dan betis, Fiza terus bawa baby Huwainaa untuk pemeriksaan. Cerita selanjutnya Fiza akan ceritakan dalam entry seterusnya.

Berikut Fiza ingin kongsikan beberapa tips mencegah bagi mengelakkan ia terkena pada anak-anak kecil.


Tips Pencegahan HFMD

Tahukah anda , tempat yang padat seperti pusat membeli belah, pasar malam, kolam renang dan stesyen bas merupakan tempat yang berpotensi untuk penyebaran HFMD.

Ibu bapa di nasihatkan untuk tidak membawa anak di kawasan tersebut untuk mencegah penularan jangkitan HFMD.

Sekiranya anda mahu menggunakan kemudahan di tempat awam seperti, 
  • Troli di pasaraya/shopping kompleks
  • Stroller pinjaman
  • Taman permainan indoor/outdoor
  • Kerusi makan kanak kanak,

Pastikan ianya telah dibersihkan terlebih dahulu kerana ia berpotensi untuk menjadi medium penyebaran virus merbahaya ini.

Sentiasa amalkan sanitasi yang baik seperti sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer.

Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti berus gigi, tuala, sudu dan cawan.

Sumber : FB Public Health Malaysia

Semoga ia bermanfaat kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Wassalam.

You Might Also Like

4 kitty baik hati komen

  1. makin banyak kes hfmd ni kan, memang kena lebih berjaga2 lah parents bila keluar

    ReplyDelete
  2. anak sedara ejulz suspek kene hfmd ni.. harap2 x kene.. semoga keluarga kita dijauhkan dari penyakit mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Good sharing Fiza. Anak bongsu cikla pernah jugak kena sblm kes ni menular aritu. Mujur x serius sgt. Elok2 dia sihat, kes makin menular pulak. Mmg serik lah dibuatnya. Kesian tgk dia time kena. Mkn minum semua x nk. Mulut penuh ulser...

    ReplyDelete