Penyediaan Solid Food untuk Huwainaa Khayra

11:33

Assalamualaikum. Huwainaa Khayra telah mencecah umur 6 bulan pada 23 Jun 2018 yang lalu. Inisiatif Fiza dalam menyediakan solid food buat Huwainaa kali ini hanya dengan menggunakan powder yang banyak dijual di butik-butik barangan bayi. 

Ini adalah pengalaman pertama menggunakan powder sebagai perisa untuk bubur nasi Huwainaa. Tak seperti pengalaman memberi makanan kepada Thaqif, Thaqif semua makanan dia Fiza buat sendiri. 

Huwainaa nie lain sikit sebab dia jenis mengempeng dan mama susah untuk tinggal dia lama-lama untuk buat kerja di dapur. Langkah mudah Fiza mencuba powder yang dijual. Tanpa garam, pengawet dan perisa tambahan.

Beras dikisar

Serbuk Brokoli dan serbuk daging

Bubur nasi hampir siap

masukkan 1/4 sudu brokoli

1/4 serbuk daging

Kacau dan biar sekejap. Siap

Serbuk ini memang tiada rasa tetapi ada bau. Fiza beli 6 jenis serbuk sebab ia dijual 3 jenis dalam satu packaging. 

Makin membulat la Huwainaa lepas ini

Huwainaa juga tidak cerewet bab makan. Alhamdulillah apa yang kita suap dia akan makan. Seronok tengok Huwainaa makan. Makcik-makcik bawang yang sebelum ini risau kata kenapa Huwainaa tak diberi makan, sekarang Huwainaa dah makan yer. 

Fiza mama yang ikut peraturan. Anak makan umur 6 bulan. Fiza tak nak tanggung risiko kalau anak bawah 6 bulan diberi makan. Sebab kalau anak sakit kita juga yang susah, yang membawang akan terus membawang, bukan nak tolong kita pun.

Wassalam.

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. senangkan sekarang..ada produk khas makanan baby..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Bagus bila ada inovasi macam ini.. Memudahkan mak-mak yang berkerja dan juga mak-mak yang anaknya suka melekat.. Kikiki.. Sha faham perasaan itu sebab anak Sha yang no 2 tu pun sama je.. suka melekat.. Susah jugalah bila nak buat kerja lain..

    ReplyDelete

Bacaan tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah