Tabung Dumex Dugro

11:42

Assalamualaikum. Baru-baru ini Dumex Dugro ada mempromosikan dengan pembelian susu Dugro percuma tabung. Tapi ada syaratnya perlu beli 2 pek Durgo 900g dapat 1 Stackable Coin Box, terdapat di pasar raya atau kedai runcit yang terpilih di seluruh negara.

Kebetulan abang Thaqif memang minum susu Dugro daripada sejak berumur 1 tahun. Kami kalau beli susu memang banyak. Sebulan lebih kurang 6-8 bungkus untuk Thaqif seorang. 

Beli 4 bungkus di 99 Speedmart

Mari menabung bersama Si Manja

Power Pufferfish

Shaky Shark

Arahan Penggunaan. 

Ada lagi beberapa koleksi tabung yang dikeluarkan oleh Dugro seperti Tip Top Turtle dan set Happy Family. Nak kumpul semua memang tak sempat rasanya sebab stok tabung pun macam terhad jer.  Dapat kumpul dua tabung ini pun berbaloi. 

Macam biasa mama simpan tabung ini untuk Thaqif dan Huwainaa. Kalau Thaqif nampak pun dia buat mainan jer. Baik simpan dulu, dah besar sikit boleh ajar dia menyimpan duit. Sekarang ini pandai minta duit je si Thaqif katanya nak beli kipas. Alahai.

Thaqif memang minat dengan kipas. Nanti ada masa Fiza hendak kongsikan koleksi kipas Thaqif. Macam-macam bentuk dan jenis kipas dia ada. 

Wassalam.

You Might Also Like

6 kitty baik hati komen

  1. comel2 je tabung sekarang ni.. time ekin kecik2 dulu,, tabung pakai tabung buluh je.. haha

    ReplyDelete
  2. terbaek.. suka budak dpt ni. hehe

    ReplyDelete
  3. comel la shark.. dugro mmg best.. gift die pon xpernah mengecewakan

    ReplyDelete
  4. yang shark tuuuu comey !! kalo tabung cemni CT suka letak coins. lagi2 yang jenis tetiba jumpa kat lantai rumah la celah poket la semua tu masuk tabung =D

    ReplyDelete

Bacaan tambahan