Find us on Facebook

Sizzling Mixed Grill di Orchid Bistro, AEON Rawang

Assalamualaikum. Lama terasa hendak makan lamb chop. Hendak cuba tempat-tempat yang viral rasa macam tidak sesuai untuk bawa anak-anak sekali. Fiza dan suami kalau hendak makan di luar memang kami fikir banyak kali. Risau anak buat hal.

Oleh kerana terasa nak makan kambing, kami makan di Orchid Bistro, Aeon Rawang. Dekat dengan rumah. Sedap tak sedap belakang kira janji selera nak makan dipenuhi.

Sampai sahaja menu memang terus cari lamb chop. Selak punye selak ternampak menu best Sizzling Mixed Grill. Gabungan 3 jenis daging iaitu ayam, kambing dan lembu. Menarik betul. Nak makan kambing terus boleh makan 3 jenis.

Sizzling Mixed Grill (Chicken, beef and lamb) Black Pepper Sauce
Waktu menu ini sampai, keadaannya masih panas menggelegak siap bunyi berdesir panas lagi. Memang terbaik sangat. Order satu boleh 2 -3 orang makan.

Mamak Mee Supreme


Suami pula ambil order tambahan Mamak Mee Supreme. Thaqif memang suka sangat makan mee goreng.  

Chocolate Pearl Milk Tea dan Apple Twist

Curly Fries
Kemain suka dapat makan makanan kegemaran dia

Huwainaa senang, bab makan memang tidak cerewet

Untuk menu sizzling tu rasanya biasa sahaja. Fiza kurang minat kalau menu lamb dimasak berkuah begitu. Lagi sedap kalau dipanggang. Siapa setuju dengan Fiza. Maknanya Fiza perlu cari juga lamb chop atau kambing golek lagi la nie. Baiklah, Fiza akan cari sampai jumpa.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Menarik Sizzling mixed gill tu.. Selalu makan yee mee sizzling je.. boleh cuba nie nanti..

    ReplyDelete
  2. sedap sedap !! makanan semua sedap.
    tengok curly fries tu lamanya x makan fries cemtu.
    kalo skrng tngh prosperity mesti ada yang gulung2 tu..

    ReplyDelete