Find us on Facebook

Happy 4th Birthday Muhammad Thaqif Khalaf

Assalamualaikum, pada 1 Mac 2019 genaplah umur Thaqif 4 tahun. Thaqif dilahirkan pada 1 Mac 2015 (Sabtu) jam 1.05 tengah hari di Hospital Selayang dengan berat 3.03kg.

Cahaya mata pertama yang mama dan dedi tunggu salama 3 tahun. Kehadiran Thaqif membawa sinar yang besar buat mama dan dedi sekaligus memadamkan kata-kata hina orang yang mempertikaikan kami kerana lambat menimang cahaya mata. Kami percaya bahawa janji Allah itu pasti.


Selamat Hari Lahir Thaqif. Mama sentiasa doakan Thaqif menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat. Mama doakan Thaqif berjaya menempuh dunia yang penuh dengan cabaran ini serta menjadi insan yang sentiasa cemerlang dan berguna. 

Sesungguhnya Thaqif memberi makna paling besar dalam hidup mama dan dedi. Mama sayang Thaqif ketat-ketat.  Untuk meraikan hari jadi Thaqif, kami bawa dia ke Cameron Highland. Cerita penuh akan menyusul kemudian.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. hepi bestday abg thaqif..:)

    ReplyDelete
  2. Happy belated Birthday Muhammad Thaqif Khalaf.. Semoga menjadi anak yang soleh.. Aamiin..

    ReplyDelete