Yuran Q-Dees Tahun 2020

11:31

Assalamualaikum. Memandangkan anak Fiza pada tahun depan akan menjejakkan kaki ke tadika, sudah masa untuk Fiza membuat perkiraan tadika mana yang bakal Thaqif duduki dan belajar.

Fiza bukanlah jenis tidak mahu menghantar anak ke tadika kemas tetapi Fiza memikirkan kesenangan Fiza untuk menghantarnya ke tadika. Tadika tersebut mestilah berhampiran dengan pejabat supaya mudah Fiza hendak uruskan Thaqif. 

Pamphlet Q-Dees starter 

Yuran Tadika Q-Dees Tahun 2019 | Tadika pertama yang Fiza telah walk in adalah Q-Dees yang mana memang kita tahu ia antara tadika swasta yang agak hebat. Fiza ke sana untuk mendapatkan maklumat dan jumlah yuran dan bayaran yang tepat untuk senang membuat keputusan. Sebab Fiza akan walk in lagi tadika-tadika lain untuk dibuat perbandingan.

Suasana tempat ibu bapa menunggu yang ceria
Dipendekkan cerita, yuran penggal bermula Januari hingga Mei lebih kurang RM 1,965 tidak termasuk yuran bulanan. Fiza akan cerita butiran lanjutnya seperti di bawah.

Awal pendaftaran ibu bapa perlu membayar yuran pendaftaran dan segala peralatan yang anak kita hendak gunakan termasuk buku, beg dan alat tulis kesemunya RM 395.

Keperluan pembelajaran yang terdapat di Q-Dees seperti komputer, makanan, kemudahan berenang, taekwando dan pendidikan islam adalah RM 960.

Bayaran bulanan pula adalah seperti berikut. RM 610 untuk bulan Januari dan bulan berikutkan adalah RM 305.

Jumlah keseluruhan RM 395 + RM 960 + RM 610 menjadikan jumlah keseluruhan untuk yuran penggal ketika pendaftaran adalah RM 1,965. Sekiranya diambil kira dengan bulanan, maka yuran sepenggal lebih kurang RM 3,400.

Butiran mengenai yuran


Pada Fiza banyak perkara yang mengelirukan dan memerlukan lebih banyak pertanyaan. Tetapi secara asasnya begitulah yuran yang perlu dibayar sekiranya hendak menghantar Thaqif ke Q-Dees. 

Fiza tidak mahu komen mahal atau murah tetapi qualiti tadika yang perlu dititik beratkan. Fiza menganggap tadika Q-Dees memang hebat dan alangkah seronoknya Thaqif kalau dapat belajar di sini.

Wassalam.

You Might Also Like

5 kitty baik hati komen

  1. yuran mahal tp pembelajaran bagus xjd masalah rasanya..:)

    ReplyDelete
  2. Saya hantar 2 org anak di Qdess area Bandar Baru Selayang. Yuran yang agak mahal bagi saya, tetapi husband mahu berikan yang terbaik bagi anak so saya ikutkan je. Di Tadika ini makanan perlu disediakan sendiri oleh parents, tadika tidak sediakan. Tadika ini juga banyak sangat cuti sekiranya ada teachers parents meet hari tersebut dikira tidak bersekolah. Silibus pembelajaran sangatlah berat dan advance tetapi tidak sangatlah menekankan basic membaca dan mengira. dan tiada recap atau penekanan bagi anak-anak yang lemah membaca bahasa/English atau mengira. teachers terkejar-kejar menghabiskan buku yang telah ditetapkan setiap sem. teachers berulang2 mengatakan beliau tiada masa kerana masa suntuk dan suruh parents ajar anak2 basic2 seperti membaca dirumah. Tadika mahal tak semestinya bagusss. saya sedang mencari extra kelas membaca bagi anak2. keluar duit lagiiii. kesian anak2 x tahu membaca bila masuk darjah satu walaupun dah berabis ribuan.

    ReplyDelete
  3. Salam. Anak sy so far belajar kat qdees 2 tahun xde masalah. Membaca cepat lancar dlm English. Masuk darjah 1 x menjadi masalah. Ujian saringan lulus dan dpt masuk kelas pertama. So far so good..depends branch mana yg elok atau tak. Dan myb keserasian anak2 yg penting. Diorg x nak pun problem nnti ..malas belajar semua. Anak sy hantar qdees sek 7 shah alam..

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah