Find us on Facebook

Pengalaman menginap di Prestige 3 / P3 Residence, Balik Pulau, Pulau Pinang

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.



Assalamualaikum. Lama Fiza tidak review hotel atau mana-mana penginapan. Ini ada satu homestay yang kami menginap sewaktu beraya di Balik Pulau, Pulau Pinang baru-baru ini.


Pengalaman menginap di P3 Residence, Balik Pulau, Pulau Pinang | Untuk keselesaan kami sekeluarga semasa beraya, kami mengambil keputusan untuk menempah sebuah homestay yang terletak di Jln Kuala Jalan Baru, Kampung Jalan Baru, Balik Pulau selama 3 hari 2 malam. Homestay yang sangat strategik untuk kami beraya di rumah saudara mara. Kami pilih homestay sebab lebih luas dan selesa berbanding hotel. 







Kemudahan yang disediakan dalam homestay sangat lengkap dan seperti berada di rumah sendiri. Sewa juga sangat murah. Caj yang dikenakan adalah mengikut bilik yang diambil. RM 100 untuk satu bilik dan homestay mempunyai 3 bilik.


Kemudahan Televisyen tetapi perlu guna Wifi sendiri

Ruang Makan


Dekorasi ringkas


Kemudahan mesin basuh


Dapur




Semuanya lengkap, ada seterika dan papan seterika, dapur memasak, pinggan dan cawan, televisyen, toiletries dan ada juga mesin basuh. Bilik pula disediakan dengan katil bersaiz Queen dan sangat selesa.




Bilik Master Bedroom yang luas


Tandas yang bersih




Keseluruhannya kami sangat berpuas hati dan sangat berbaloi. Cuma siaran televisyen tidak disediakan dan perlu menggunakan internet sendiri jika hendak menonton. Tapi kami tidak kisah kerana kami pun akan beraya untuk 2 hari dan tidak sempat untuk menonton tevisyen.

Selesa dan homestay juga sangat luas untuk anak-anak kami. Fiza sangat mengesyorkan untuk korang menginap di sini kalau korang hendak berjalan-jalan di Balik Pulau, pilih Prestige 3 Homestay. Mesti korang akan berpuas hati.

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. cantiknya homestay.. puas hati sngguh kalo camni..

    ReplyDelete