Grill sendiri dan makan sampai kenyang di Seoul Garden Restaurant

16:07

Assalamualaikum. Korang pasti teruja kalau tengok drama korea bila part dorang grill daging. Fokus kat daging lembu yer, kalau dorang grill daging lain tu buat-buat tak nampak jelah. Memang nampak sedap kan, bila dengar bunyi desiran daging yang di grill atas pemanggang. 


Grill sendiri dan makan sampai kenyang di Seoul Garden Restaurant | Pengalaman itu kami baru laluinya di Seoul Garden Restaurant, One Utama beberapa minggu lepas. Makan dengan anak-anak memang agak struggle sikit tapi Fiza tak peduli, dah bayar kalau tak makan betul-betul memang tak berbaloi lah.



Bagi yang tak pernah ke sini, mereka menyediakan makanan secara buffet, makan sampai kenyang dan bayaran per head. Tiada had untuk korang makan. Semuanya dihidang secara buffet. Untuk bahan mentah seperti ikan, ayam, sotong dan makanan laut yang semuanya telah diperap, korang boleh ambil dan grill sendiri.

Makanan mentah untuk digrill
Yang nie premium, nak makan kene bayar lain

Salad dan buah-buahan

Kawalan suhu untuk grill dan steamboat
Daging mentah, tak sabar nak grill
Ikan dan ayam
Meja makan dan tempat grill
Makanan siap hidang
Air minuman, refill
Jom panggang, daging dan ayam
Siap panggang, sotong dan ayam, daging dah masuk perut


Jemput makan korang
Hidangan tom yam dengan makanan laut
Huwainaa kisahkan ais krim je
Mujur ada spagetti, kalau tak memang tak makan la Thaqif nie
Hidangan ais krim sebagai pencuci mulut
 

  


Balik rumah memang kenyang sampai ke malam. Mana tak nya memang kami pulun makan daging. Perapan daging sempurna dan daging pun lembut. Memang Fiza akan datang lagi ke sini untuk merasa makanan lain pula. Kami ke sini waktu tengah hari, menu kambing tidak disediakan, tetapi untuk makan malam ada kambing. 

Alahai memang favorite sangat kambing bakar. In syaa Allah ada peluang kami hendak merasa kambing pula. Bagi yang hendak ke sini, pastikan perut kosong yer. Nanti tak berbaloi dengan harga yang perlu dibayar. Macam mana pun kami puas hati makan di sini. 

Wassalam.

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. Dah lama tak ke Seoul Garden. Terliur pulak tengok Fiza makan.. hehehe..

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah