Find us on Facebook

Unboxing Gift - Clorox Scentiva Tuscan Lavender and Jasmine

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Keputusan peraduan bagi Instagram Contest anjuran Home Tester Club Malaysia telah pun diumumkan pada bulan Oktober baru-baru ini. Peraduan ini telah berlangsung pada bulan Jun 2019. Lama juga Fiza tunggu keputusan, ingatkan tiada rezeki untuk menang.


Unboxing Gift - Clorox Scentiva Tuscan Lavender and Jasmine | Hadiah pula Fiza baru terima awal bulan November 2019 by hand. Hadiah berupa hamper daripada Clorox Scentiva dan barangan wangian bertemakan Lavender. Hampernya memang sangat cantik sehinggakan sayang hendak buat unboxing.

Penyertaan Fiza dalam peraduan Clorox Scentiva anjuran HTMC

DM daripada HTCM

Hamper serba purple dan cantik
Aroma candle
Bunga lavender dan pasu hiasan
Tote bag dan kain alas
Hasil unboxing

Cara Fiza menyertai peraduan ini memang senang, Fiza hanya perlu menggunakan salah satu produk terbaharu Scentiva Multi Surface Cleaner. Ambil gambar Sebelum & Selepas gambar kawasan yang dibersihkan bersama produk, dan tulis kapsyen kreatif dengan hashtags. Produk yang Fiza gunakan waktu itu adalah Clorox Scentiva Multi Surface Cleaner Pacific Breeze and Coconut.

Ada waktu Fiza akan review penuh kedua-dua produk ini. Memang ia sangat bagus untuk membantu kita para ibu dalam kerja mengelap kotoran di mana-mana sahaja.

Terima kasih HTCM atas penghantaran hadiah. Fiza suka dan puas hati. Jom ikuti video unboxing khas buat pembaca blog Fiza.



Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. tak tau plak ada lavender gini,nak cari lah...heheheh #mudahterpengaruh ahhaha

    ReplyDelete