Find us on Facebook

Tragedi Bas Terjunam Di Genting Highland

Assalamualaikum kwn2 blogger sume.. pasti sume dah tahu ln psl berita kemalangan bas yang berlaku semalam.. salam takziah dari fiza buat keluarga yang terlibat dlm kemalangan tersebut.. tak sangka ia adalah kemalangan terburuk di Malaysia.. Bagi yang terselamat diharapkan moga cepat sembuh..

_________________________________________________________________

Sebanyak 37 orang terkorban dalam nahas bas ekspres terburuk di negara ini apabila bas ekspres yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands hari ini.

Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) lima, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota.

Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam ini dan ia diumumkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Gerakan untuk menyelamat telah selesai dan laporan yang kita terima ialah seramai 37 terkorban, 25 lelaki dan 12 perempuan," katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran berkata lima pakar dan lapan pegawai perubatan dari unit forensik HKL sedang bersiap-sedia untuk melakukan bedah siasat mayat mangsa yang dihantar ke hospital berkenaan.

Pasukan mencari dan menyelamat yang melibatkan kira-kira 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa.

Meskipun pihak berkuasa belum mendedahkan punca sebenar kemalangan, bagaimanapun antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung itu seperti yang diceritakan warga Bangladesh, Ali Haider Shyed Haider, 46, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata berdasarkan pemerhatian, dengan keadaan cerun yang agak menjunam, bas boleh tergelincir ke gaung sekiranya tidak dikawal dengan sempurna.

Kemalangan buruk lain yang pernah berlaku di kawasan Genting Highlands ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia. - Bernama
_________________________________________________________________

Post a Comment

8 Comments

  1. takziah kepada keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  2. Takziah buat keluarga mangsa....driver bas memang nak kena screen test selalu agaknyaaa

    ReplyDelete
  3. takziah utk family mangsa yg terkorban
    ngeri kan

    ReplyDelete
  4. Sedih tgk.. Takziah buat semua yg terlibat..

    ReplyDelete
  5. ramai yg mati?? takziah la bt kluarga mgsa..teruk btol xcident ni

    ReplyDelete
  6. takziah kepada keluarga mangsa... sedih sangat dengan tragedi ini..

    ReplyDelete
  7. takziah buat keluarga mangsa..al fatihah buat saudara kita yg beragama islam ='(

    ReplyDelete
  8. takziah kepada keluarga mangsa..al-fatihah untuk yg beragama islam..

    ReplyDelete