Find us on Facebook

Pengalaman Mengandung anak pertama Baby Thaqif

Assalamualaikum.. sebenarnya dah lama terpikir nak cerita pasal pengalaman mengandung dan bersalin cuma masa je tak de nak menaip panjang2.. Tujuannya nak berkongsi pengalaman dan nak wat catitan sebagai kenangan.. nanti bila Baby Thaqif dah besar boleh la dia baca blog mama dia nie.

Siapa tak seronok kan bila rumah tangga yg kita bina telah mencapai 3 tahun lebih tiba2 dikurniakan zuriat yang tidak disangka-sangka.. setelah berusaha dan bertawakkal apa yang perlu diusahakan seterusnya adalah dengan berdoa memohon kepada Allah yang maha esa.

Imbau semula kisah setahun yang lalu apabila Fiza disahkan mengandung pada 11 Julai 2014.. kebetulan waktu tu bulan puasa.. usia kandungan dah mencecah 5 minggu.. tanpa tanda-tanda mengandung.


Cuma tanda-tanda yang buatkan Fiza nak ke klinik masa tu 
first waktu tu terasa sangat penat, 
bila pukul 1 tgh hari mesti nak tidur sekejap sebab terlalu mengantuk. 
second pulak masa nak seterika baju, 
Fiza tak boleh bau wap masa menggosok tu.. 
terasa mual pastu lembik kaki nak jatuh..

Bila bagi tahu kat Mr. Hubby, dia ajak pergi klinik, yelah risau takut demam ke, penyakit lain ke.. tak terpikir langsung yang dah ada baby dalam perut.

Baby Thaqif ~ 5 minggu

Baby Thaqif ~ 8 minggu

Allah maha besar dan maha memberi.. dalam bulan puasa dia menganugerahi anak yang kami nak sangat2 tanpa dijangka.. Fiza wat UPT kat Klinik Keluarga Sg. Buloh.

Bila nampak jer 2 line tu, terus menitik air mata depan doktor yang check Fiza tu.. terus bagi tahu kat Mr. Hubby dan kami tak abis2 mengucapkan syukur kepada Allah.. Terus call famili kat kampung bagitahu.. semuanya gembira.. MIL tak abis2 bagi nasihat sebab kandungan baru lagi..

Datang opis hari tu pun senyum lebar jer hari tu... Esok nye Putra Medical Centre Sg. Buloh untuk sahkan kandungan.

Dari hari ke hari perut makin besar, mengidam
memang takde cume awal2 tu terase nak makan kerepek pisang, memang 1kg kerepek tu Fiza abiskan dalam beberapa hari.. 
Morning sickness alhamdullilah memang takde.. 
setakat muntah pagi masa nak berus gigi.. tu jer..
Tabiat masa mengandung Fiza suka tidur.. 
kalau hari minggu boleh kata bangun untuk masak, makan dan solat jer.. 
Tapi Fiza memang suka memasak, 
nak makan apa je Fiza masak sendiri.. 
sampai kan sehari sebelum due pun Fiza duk memasak lagi kat dapur.. 

Fiza jugak tak minat makan asam atau pun mangga macam selalu orang mengandung nak tapi Fiza suka kunyah mentos sweet sour.. setiap 2 hari sekali singgah stesen Petronas nak beli mentos tu.

Sebabkan selalu pedih ulu hati, Fiza suka makan ais krim, setiap hari.. simpan stok ais krim dalam peti ais, sampai sekarang pun ada lagi tak abis sebab sekarang dah tak minat nak makan...

Baby Thaqif ~ 10 minggu

Baby Thaqif ~ 13 minggu 
Kepala, tangan dan kaki dah mula terbentuk 

Baby Thaqif ~ 16 minggu 
Semua anggota badan hampir sempurna

Baby Thaqif ~ 21 minggu  
nampak tulang belakang

Baby Thaqif ~ 25 minggu 
3D Scan nampak hidung Baby Thaqif waktu nie..
waktu nie scan untuk sahkan jantina

Fiza juga aktif masa mengandung, alhamdullilah tak terasa penat walaupun di opis.. cume bila nak dekat due tu je rasa penat dan kaki bengkak.. Due date Fiza pada 2 Mac 2015 dan alhamdulillah Baby Thaqif lahir pada 1 Mac 2015.. 39 minggu 6 hari.. hampir 10 bulan.

Pengalaman semasa mengandung memang sukar digambarkan.. 
dapat rasakan pergerakan baby masa janin berumur 20 minggu memang tak dapat dilupakan.. 
Seronok pula baby aktif dalam perut, 
kadang-kadang bila baby sedu dalam perut, 
memang kita rasa tak selesa tapi terase comel pula baby duk sedu2..
Hari2 duk kira pergerakkan baby macam nurse suruh..
lepas tu tick kat buku pink..

Paling malas nak g check up bulan dan minggu.. bukan tak nak baby sihat, bosan menunggu giliran kat klinik.. tu jer.. tapi kene juga harungi sebab nak baby kita sihat, kita sihat dan baby selamat.

Perjalanan bersalin Fiza akan ceritakan pada entry lain pula. Ini pun dah panjang. ikutkan macam banyak je lagi nak cerita.. tapi bila2 Fiza akan tambah lagi..

Korang yang dah jadi mama, umi, ibu, mommy mesti ada pengalaman tersendiri kan.. yang penting jaga anak kita elok2 sebab ia adalah amanah Allah buat kita.

~Mama Sayang Baby Thaqif~
Wassalam
>_<

Post a Comment

8 Comments

  1. akak pun kumpul gambar ultrascan ni setiap kali pergi, sampai sekarang simpan lagi sebab nak tunjuk pada iman ash bila dia dah skool nanti... he he he... indahnya moment itu kann???

    ReplyDelete
  2. sedang merasai pengalaman tu sekarang fiza..ni tunggu baby lahir je...

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah ^ ^
    syok pulak baca..cane rasa baby sedu2 dala perut ye..hehee :P

    ReplyDelete
  4. Alah..bila baca ni rasa teringin pulak nak rasa dia menendang2 ,menumbuk.bergolek bagai dalam perut ni..syok je..dulu siap rakam lagi..hehehe

    ReplyDelete
  5. rindu moment masa mengandung...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, kiranya tak banyaklah dugaaan dan masalah masa kak Fiza mengandung ya :)

    ReplyDelete
  7. Memang best saat2 bergelar seorang ibu

    ReplyDelete
  8. tengok muka awai2 mcm bujang.. tp dh de baby rupenye.. hekhekhek

    ReplyDelete