Find us on Facebook

Khasiat Arabic Gum

Assalamualaikum. Kali ini Fiza hendak kongsikan mengenai makanan yang dikatakan sehebat Habbatus Sauda. Al Manna atau dikenali sebagai Arabic Gum Arabic Gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia Senegal. Acasia Senegal adalah jenis Arabic Gum yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. 

Sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia Senegal 

Arabic Gum

Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Arabic Gum :
  • Membantu menurunkan paras kreatinin dan gula dalam darah untuk pesakit buah pinggang dan diabetes.
  • Melambatkan & mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang akibat diabetes.
  • Sumber Prebiotik Asli, meningkatkan bakteria baik (probiotik) dalam usus.
  • Mengurangkan risiko penyakit berpunca dari usus, kolesterol, lemak dan gula.
  • Menyelesaikan masalah sembelit dan buasir.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan. 80% imunisasi badan bergantung dari sistem usus, perkumuhan dan perut yang baik.
  • Kandungan fibre yang tinggi merendahkan kolesterol dan kurangkan risiko menghidap penyakit jantung.
  • Amat sesuai dicampur ke dalam susu anak2 untuk meningkatkan tahap kesihatan dan imunisasi dari serangan demam dan pelbagai penyakit.
  • Melambatkan pertumbuhan sel kanser.
Sumber


Sebab kopi 3in1 buatkan Fiza tiba-tiba hendak tahu pasal arabic gum.

Produk makanan yang mengandungi arabic gum banyak dijual di pasaran. 

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments