Find us on Facebook

Simpton dan rawatan untuk Virus Zika

Assalamualaikum. Hari ini Fiza terbaca lagi mengenai seorang wanita hamil dijangkiti virus zika dan ianya adalah kes ketiga di Malaysia. Ya Allah betapa takutnya virus ini kerana ia memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Status Terkini Virus Zika Di Malaysia
PUTRAJAYA: Seorang wanita mengandung yang menetap di Taman Desa Harmoni, Johor Bahru menjadi mangsa ketiga dijangkiti virus zika. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata wanita berusia 27 tahun itu pada mulanya mengalami demam, ruam dan sakit badan sebelum dirujuk ke hospital kerajaan di Johor. Subramaniam berkata, laporan mendapati suami wanita itu bekerja di Singapura dan pihak hospital juga sudah menjalankan ujian air kencing dan darah sama ada dia turut mempunyai virus yang sama atau sebaliknya.

Ujian ke atas suami wanita berkenaan dilakukan bagi mengesan sama ada virus itu didapati semasa melakukan hubungan kelamin atau mendapat pindahan melalui gigitan nyamuk," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata, wanita itu kini masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan akan menerima rawatan susulan. Bharian

Pengenalan kepada Virus Zika
Ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin. Nyamuk aedes penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika.

Apa Itu Virus Zika?
Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.

Virus Zika telah menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap supaya tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.



Info Virus Zika

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-
  • Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
  • Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
  • Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
  • Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
  • Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
  • Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.
kesan virus zika

Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika
Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-
  • Sakit kepala
  • Ruam pada kulit
  • Sakit sendi
  • Mata kemerahan
  • Cara Rawatan
Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Gejala Dan Cara Mencegah Daripada Jangkitan Penyakit Zika
gejala dan cara mencegah zika

Kesan Virus Zika
kesan Virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.
Sumber

Bersama-sama kita membersihkan kawasan sekeliling rumah dan cegah sebelum terlambat.
Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. dah dekat pun dengan akak ni..risau pulak rasanya..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. semoga kite sume dilindung oleh-Nya.. dh sampai JB dh.. takutnyeeeee..

    ReplyDelete
  3. Allahu... mmg takot sekarang ni mcm3 jenis penyakit muncul... apa pun, moga kita semua dilindungi...=D

    ReplyDelete