Find us on Facebook

K-Drama Review : The Legend of the Blue Sea

Assalamualaikum..

Oppa Lee Min-Ho sudah kembali dengan drama korea terbaru The Legend of the Blue Sea bersama Jun Ji-hyun / Gianna Jun iaitu pelakon yang pernah membintangi drama yang pernah popular iaitu (My love from the star).


Tajuk : The Legend of the Blue Sea
Juga dikenali sebagai : Remember the Blue Sea
Genre : Romance, Comedy, Fantasy
Episod : 20
Rangkaian Siaran : SBS

Sinopsis
Bagaimana duyung dari era Joseon boleh hidup dalam masyarakat moden? Shim Cheong (Jun Ji Hyun) adalah ikan duyung yang mendapat cinta yang sebenar dengan anak seorang bangsawan bernama Kim Moon dari Dinasti Joseon (Seoul). Kim Moon adalah Heo Joon Jae pada zaman moden dan merupakan seorang yang sangat mahir dalam penipuan serta hidup mewah.
Shim Cheong juga mempunyai gelang jed bernilai $ 6 juta. Bolehkah Shim Cheong hidup dalam persekitaran dan zaman baru yang aneh di samping membantu Joon Jae mengelakkan bahaya yang sedang menantinya?  Sebahagian daripada siri drama telah difilemkan di pulau Pasifik di Palau dan di Sepanyol.

Pelakon Utama
Lee Min-Ho sebagai Heo Joon-Jae / Dam Ryung 

Jun Ji-hyun sebagai Sim Chung / Se-Hwa

Shin Won-Ho sebagai Tae-O 

Lee Hee-Joon sebagai Jo Nam-Doo

Babak Drama

 



 

 

 

Drama yang hangat diperkatakan dan sedang ditayangkan di Astro One 393 HD.  Drama ini juga adalah drama lakonan terakhir Lee Min Ho sebelum dia menjalani latihan perkhidmatan tentera selama dua tahun. Pastikan korang tengok drama ini sebab oppa kita tidak akan muncul lagi. Perlu tunggu 2 tahun.

Bagi Jun Ji Hyun pula, ia adalah lakonan pertama untuknya selepas melahirkan anak pertama. Sudah jadi ibu pun masih cantik.

Selamat menonton.

Post a Comment

5 Comments

  1. Assalamualaikum fiza..cerita ni best kelakar. Tengok tergelak2 kita hahaha.heroin dia cantik sgt walau dah beranak. Hihiii ehh nak tanya pasal nuffnang. Kalau da cash out masih tak terima email means dia dah proceed cheque ke? Lagi 8 hari cukup sebulan tgu cheque.. hihi nervous tunggu cheque pertama.. (wajib ke terima email cheque dah keluar?)

    ReplyDelete
  2. oppa kita takkan muncul lagi selama 2 thn..
    hahah saya gelak part tu...


    btw, tengah tengok drama ni jgk...
    so far ok,, shim cheong cute sangat...


    spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. @Sheila Salim tunggu je.. nanti bile payment dah keluar dia akan hantar emel dan cheque tu pun akan sampai kt alamat kita.

    ReplyDelete
  4. menarik jalan cerita dia.. tapi akak dh lama.xlayan drama..sibuk apa tah..hehehe

    ReplyDelete