Find us on Facebook

K-Drama Review : Hwarang (The Poet Warrior Youth)

Assalamualaikum. Review untuk drama korea untuk tahun 2017 bermula dengan siri drama menggambarkan kisah Hwarang (Flowering Knights) iaitu kumpulan elit remaja lelaki pada zaman pemerintahan Silla.

Kalau sudah nama pun kumpulan elit remaja, tentulah barisan pelakon lelaki pun hensom dan kacak. Betul tak?

Hwarang

Tajuk : Hwarang: The Poet Warrior Youth
Genre : Historical
Episod : 20
Rangkaian Siaran : KBS


Plot

Menampilkan enam pahlawan Hwarang - tentera Silla yang terdiri daripada orang-orang muda yang dikenali serta cantik. Diketuai  Park Seo-joon yang memainkan watak bernama Moo-Myung dengan gelaran dog-bird. Moo-Myung memegang kepada falsafah kehidupan "you only live once" di mana ia memberikan kepadanya mentaliti "relentlessness of a dog and the free spirit of a bird".

Moo-Myung juga jatuh cinta kepada Go Ara yang memegang watak bernama Aro. Aro berketurunan separuh bawahan dan separuh diraja. Moo-Myung  mahu melindungi Aro dan lama kelamaan bertukar kepada perasaan cinta.

Park Hyung-sik yang memegang watak sebagai  Kim Ji-dwi adalah seorang raja muda secara diam-diam menjadi pahlawan Hwarang yang mana sekaligus membantunya membina kekuatan dan kepimpinan sebagai seorang raja muda.

Bagaimana pula kisah Hwarang yang lain? Bagaimana pula dengan kisah cinta mereka?

Pelakon Utama

Dibintangi Park Seo-joon, Go Ara and Park Hyung-sik dan dibantu oleh Hwarang yang kacak seperti Choi Min-ho, Do Ji-han, Cho Yoon-woo, Kim Tae-hyung, Kim Hyeon-jun dan Sung Dong-il.

Park Seo-joon sebagai Moo-myung / Kim Sun-woo

Go Ara sebagai Kim Ah-ro

Park Hyung-sik as Sammaekjong / Kim Ji-dwi

Do Ji-han, Choi Min-ho
Cho Yoon-woo, Kim Tae-hyung

Babak Drama




 


 

 

 

Drama wajib tonton tahun ini. Di samping jalan cerita yang menarik, tarikan wajah kacak pelakon-pelakon pasti buat korang tidak berkelip mata. >_<. Fiza bagi 10 bintang.

Post a Comment

1 Comments