Find us on Facebook

Mana hendak cari Ice Cream Strawberry Waffle apabila ke Cameron Highland?

Assalamualaikum.. pada 3 September 2017 selepas raya haji, kami sekeluarga ke Cameron Highland sebab Fiza berhajat untuk makan Ice Cream Strawberry Waffle.

Alhamdulillah, lepas check in di Aiza Homestay yang terletak di Kg. Taman Setia, Tanah Rata Cameron kami terus mencari apa yang dihajatkan walaupun waktu itu cuaca boleh kata hujan renyai dan sejuk. 

Tak perlu nak naik kereta kerana di Kg. Taman Setia ada pelbagai kedai makanan yang menyediakan menu menarik bertemakan buah strawberry. 

Hai, saya abang Thaqif.

Ice Cream Strawberry Waffle menu wajib jika ke Cameron Highland. 

Strawberry Milk Shake dan Strawberry chocolate celup. 

Abang Thaqif pekena Strawberry Milk Shake sampai berkerut dahi. 

Jemput makan. 

Jemput tengok la yer.. hehe 

Salah satu kedai makan yang kami singgah.

Pelbagai menu ada dijual di sini, korang taip je kat GPS, Kg. Taman Setia, Tanah Rata Cameron.  Macam-macam kedai yang korang akan jumpa. Pilih je nak makan kat mana. Taman strawberry pun ada dan korang boleh petik strawberry sendiri.

Sekian cerita untuk hari pertama, hari kedua kami ke mana yer. Nantikan entry seterusnya.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments