Find us on Facebook

Beg Super Wings Eggshell untuk Thaqif Khalaf

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.

Assalamualaikum. "Super Wings kami penghantar" itu ayat yang Jet ucapkan dalam kartun animasi terkenal Super Wings. Thaqif memang minat sangat dengan super wings. Dalam sehari mesti dia minta untuk tengok kartun ini. 

Kartun korea terkenal SUPER WINGS
Sebab minat dia, Fiza cuba cari beg super wings untuk dia bawa ke nursery. Jumpa beg eggshell yang comel dan sesuai dengan saiz dan ketinggian Thaqif di Shopee Malaysia.

Beg Super Wings Eggshell beli di Shopee Malaysia

Comel sangat

Bahagian dalam beg

Memang sesuai dengan Thaqif

Alahai anak mama rambut belah tengah

Kualiti beg memang terbaik. Selain warna merah, beg ini juga boleh didapati dengan warna biru, pink, hijau dan oren. Mommies yang anaknya minat kartun Super Wings, boleh beli. Dijamin memang puas hati.

Wassalam.


Post a Comment

1 Comments