Peralatan penyusuan yang wajib bagi ibu bekerja

12:47

Assalamualaikum. Sebelum ini Fiza pernah kongsikan panduan mengenai panduan penyimpanan susu perahan EBM dan juga jenis beg yang Fiza gunakan untuk menyimpan susu. Untuk kali ini Fiza hendak kongsikan peralatan penyusuan yang wajib bagi ibu bekerja dan ini adalah untuk ibu-ibu yang tekad untuk memberi susu EBM kepada anak untuk tempoh 1-2 tahun.

1. Breastpump (Manual / Electric)
Pengalaman anak pertama, Fiza menggunakan pum susu manual dan agak struggle waktu itu dan mendapati ia tidak efektif dari segi masa dan tenaga. Untuk anak kedua Fiza beli Single Electric Breastpump jenama Autumnz.  Pemilihan single atau double bergantung kepada ibu-ibu sendiri. Memandangkan ini pertama kali Fiza gunakan, elok beli single dahulu mana tahu tak sesuai tidaklah membazir.

Autumnz Swift Electric Breastpump
 
Ringan dan mudah dibawa

2. Cooler bag (beg sejuk)
Tujuan cooler bag adalah untuk memastikan susu perahan dalam keadaan sejuk sekiranya ibu-ibu bekerja hendak membawa susu tersebut pulang ke rumah. Beg Penyimpanan susu perahan jenama Milk Planet pilihan Fiza kerana ia mempunyai 2 compartments berasingan - petak bawah dan petak atas. Baca sini.

3. Ice Brick / Ice pack 
Digunakan untuk memelihara kesejukan susu ibu. Setakat ini Fiza tidak menggunakan ice brick memandangkan cooler bag masih dapat menampung kebekuan susu dari pejabat pulang ke rumah. 
source : google image
4. Breast milk Storage (Botol / Beg) 
Dua-dua jenis Fiza gunakan. Kelebihan gunakan botol ia boleh digunakan berulang kali tetapi perlu beli dalam kuantiti yang banyak supaya tidak kehabisan botol untuk menyimpan susu. Storage beg adalah plastik liner pakai buang. Jangan sebab plastik nampak comel kita hendak guna lagi. Ia hanya dapat digunakan sekali sahaja. Pastikan botol dan plastik liner yang digunakan juga BPA-FREE. 

Breastmilk Storage jenama Jingle Jungle

 
Breastmilk Storage jenama Pureen

Breast milk Storage jenama Apple Tree 8oz

Murah dan berkualiti

Breast milk Storage jenama Autumnz 5oz

Standby plastik liner 5oz sekiranya susu kurang banyak

Bila sudah ada semua peralatan dan keperluan maka bersedialah untuk memberi komitmen sepenuhnya. Kalau tidak membazir apa yang kita beli sebab peralatan untuk penyusuan agak mahal. Tetapi demi si manja tersayang apa pun ibu-ibu sanggup laburkan.

Diharap sedikit panduan yang Fiza kongsikan dapat memberi manfaat dan rujukan. Semoga berjaya buat ibu-ibu yang hendak meneruskan memberi susu BF kepada anak sehingga umur 2 tahun. Doakan Fiza juga berjaya yer. Amin.

Wassalam.

You Might Also Like

4 kitty baik hati komen

Bacaan tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah