Rocket 1.10 Balance Bike jenama Cosmic

14:03

Assalamualaikum. Mula-mula Fiza tengok basikal yang dinamakan balance bike ini di Sportdirect.com terasa agak pelik. Yelah, tiada pengayuh atau pedal. Encik suami syorkan supaya Thaqif diajar menggunakan balance bike sebab dia selalu mengikuti aktiviti penganjuran basikal, dia lebih tahu mengenai balance bike.

Kalau hendak tahu di negara luar, anak-anak mereka diperkenalkan dengan balance bike dan bukannya basikal roda tiga yang kita guna zaman kanak-kanak dulu. Tengok video anak-anak dorang di youtube, memang comel dan siap ada pertandingan lagi.

Rocket 1.10 Balance Bike, basikal tanpa pedal

Protection pack kami beli tapi tak padan dengan saiz Thaqif

Maka petang itu jugak, kami bawa Thaqif main di depan rumah. Memang nampak dia agak kekok sebab bukan senang nak imbang badan dengan satu tayar depan dan belakang.

Eh... nak jatuh pulak

Duduk dan gerakkan dengan kaki

Berdiri jelah mama, cepat sikit

Sesuai dengan umur Thaqif 3 tahun

Belajar sampai pandai

Video Thaqif menunggang balance bike

Harap Thaqif boleh imbang badan dia sebab Fiza tahu memang agak sukar. Lepas ini Fiza akan belikan Thaqif helmet dan protection pack untuk siku dan lutut. Masih lagi tinjau-tinjau kat Lazada atau Shopee. Kalau ada yang elok memang akan beli terus demi keselamatan Thaqif.

Wassalam.






You Might Also Like

1 kitty baik hati komen

  1. seronok dia.. :)

    Jemput join segmen ejulz k.. :)

    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete

Bacaan tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah