Bahang PRU 14 masih terasa

09:48

Assalamualaikum. 


Hari ini kembali bekerja seperti biasa setelah 5 hari bercuti. Tidak terlambat untuk Fiza mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru. Sama-sama kita membina negara Malaysia ke arah negara maju. Menang kalah adat pertandingan. Yang diberikan amanah perlu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Di media sosial nampaknya telah reda sesi perli memerli pihak kalah dan menang. Hari ini di pejabat pun masing-masing menceritakan mengenai PRU 14. 5 hari bercuti, hari ini masa untuk sambung bersembang politik di pejabat. Fiza macam biasa, redha dan terima seadanya. Kita tunggu, lihat dan perhati.

Semangat baru, mood baru, mari bekerja sekuatnya. 

Wassalam.


You Might Also Like

0 kitty baik hati komen