'Misteri' audio Yanny vs Laurel

11:51

Assalamualaikum. Baru-baru ini telah viral mengenai satu rakaman audio suara “Laurel vs Yanny” mencetuskan perbalahan global di antara netizen di seluruh dunia. Bingung juga dibuatnya. 

Apa yang lebih menghairankan, kedua dua perkataan tersebut benar-benar jauh berbeza dari segi sebutan dan intonasi.

FB : Public Health Malaysia

[Yanny Vs Laurel] Apa Kata Netizen Malaysia?

Individu yang mendengar “yanny” langsung tidak dapat mendengar “laurel”, begitu juga bagi individu yang mendengar “laurel”.

Perkongsian audio tersebut di laman PHM telah mendapat lebih 166 ribu tontonan sejak ia di kongsi pada 4 hari lalu.

50.5 % (3900 )individu mendengar Laurel
47.9% (3700) individu mendengar sebagai Yanny

119 lain merupakan undi rosak (haha)

Mengapakah perkara ini terjadi?

ikuti penjelasan dari PHM.

JAWAPAN SEBENAR ADALAH ‘LAUREL’

Klip audio yang di akam oleh seorang penyanyi opera, Aubrey Jones mengakui telah merakamkan klip audio bagi perkataan Laurel. Rakaman tersebut dilakukan pada 11 tahun yang lalu dan digunakan oleh laman vocabulary.com.

Siapakah yang menemui rakaman tersebut dan bagaimana ia mula di sebarkan?

Rakaman audio yang mengelirukan itu telah di temui oleh seorang remaja berusia 15 tahun di Atlanta. Beliau telah berkongsi audio tersebut dilaman Instagram nya pada 11 Mei 2018. Keesokan harinya, rakannya menyiarkan audio tersebut di laman Reddit. Sejak itu, fenomena kekeliruan yanny vs Laurel mula mendapat perhatian seluruh dunia.
.
MENGAPAKAH KECELARUAN INI BERLAKU?

Apa yang anda dengari, sama ada Yanny atau Laurel bergantung kepada beberapa faktor berikut :

1. Kualiti alatan audio yang anda gunakan
2. Sensitiviti pendengaran anda
3. Bagaimana minda anda menterjemahkan sesuatu bunyi
4. Apa yang anda anggap dan sangkakan.
5. Frequency audio tersebut

Infomasi akustik yang membuatkan seseorang individu mendengar “yanny” adalah frequency yang lebih tinggi berbanding informasi akustik “laurel”.

Benjamin Munson, seorang profesor audiologi di Universiti Minnesota menyatakan bahawa "Yanny" boleh didengar dalam frekuensi yang lebih tinggi manakala "Laurel" boleh didengar dalam frekuensi rendah.

Orang yang lebih muda, pada umumnya lebih cenderung mendengar Yanny, sementara orang yang lebih berusia mungkin cenderung untuk mendengar Laurel (tetapi tidak bermakna anda TUA sekiranya anda mendengar Laurel!)

Ada pakar yang berpendapat bahawa apa yang anda dapat dengar bergantung kepada jenis peranti, ‘earphone’ dan ‘speaker’ yang digunakan. Ia bergantung kepada tahap frekuensi, amplitud, dan jenis ‘speaker’ yang digunakan semasa klip tersebut dimainkan.

Selain itu, terjemahan audio tersebut juga bergantung kepada bagaimana otak mentafsir sesuatu bunyi. Apa yang anda dengari mungkin di pengaruhi dengan pengalaman anda sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kesemua hipotesis ini belum lagi di buktikan secara kajian saintifik. Mungkin kajian yang lebih khusus perlu di lakukan untuk mengetahui faktor faktor mengapa sesetengah individu lebih cenderung untuk mendengar Yanny berbanding Laurel.

Harap dengan penjelasan ringkas ini dapat meleraikan 'misteri' audio Yanny vs Laurel ini!

Sumber : Facebook Public Health Malaysia

Apa yang Fiza dengar adalah Yanny! Korang boleh dengar di YoutubeApa pendapat korang mengenai audio ini?

Yanny atau Laurel?

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. I can actually hear both.. mgkin kategori undi rosak tu.. huhu

    ReplyDelete

Bacaan tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah