Find us on Facebook

Caesar Salad Ready to Eat

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.

Assalamualaikum. Pada suatu hari, tapak kaki Fiza terasa sangat sakit. Itu adalah petanda. Nak tahu apa petanda kalau tumit kaki sakit. Tandanya berat telah naik. Lepas bersalin, berat kembali normal semula tapi itu berat 7 bulan lepas. 

Sekali timbang, terkejut bila berat sudah naik 4 kg tanpa sedar. Patut lah tapak kaki sakit lepas itu pagi-pagi dalam sibuk-sibuk siapkan diri untuk ke pejabat, uruskan anak ke nursery, berpeluh-peluh rasanya.

Tanda-tanda macam itu kalau dah muncul maka ketahuilah bahawa berat badan telah naik. Nak diet ke kalau macam itu. Mestilah tidak sebab Fiza masih full BF baby Huwainaa. Makan wajib ambil dan banyakkan minum air masak.

Tengah hari cuba untuk kurangkan nasi. Kononya dah insaf tak nak makan banyak. Pergi supermarket ternampak salad segar. Sebelum ini pernah makan kat Secret Recipe, kali ini apa kata buat sendiri. Senang sebab ia dijual dalam paket Ready to Eat.

Salad sedia untuk dimakan

Caesar Salad with Fresh Caesar Dressing

Tuangkan semua, gaul-gaul

Sos Salad Thousand Island ini Fiza beli tambah untuk sedap

Kenyang bila kene satu bekas. Patut la mereka yang diet makan salad jer. Tapi balik rumah tetap wajib makan nasi juga. hehe. 

Tekad juga untuk kurangkan semula berat badan bukan sekadar untuk cantik tetapi untuk elakkan sakit tumit kaki. Susah nak bergerak kalau badan berat sangat. Harap korang setuju dengan pendapat Fiza. 

Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah, terliur pulak tengok salad tu...

    ReplyDelete
  2. Trus rasa nak cari salad 😁

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat, sebab sha pun tengah usaha nak kurangkan berat. Salad tu nampak sedap =)

    ReplyDelete
  4. Pergh!! Sedap nampak salad tu.. Tetibe rasa cam nak makan salad juga.. kikiki..

    ReplyDelete