Baby Crab sedap buat masak apa

12:21

Assalamualaikum. Hari ini terasa sunyi di pejabat memandangkan ramai yang tetiba cuti sebab esok perayaan Deepavali. Tinggallah Fiza keseorangan, mujur ada blog menemani. Update untuk kali ini pasal menu makanan pula. Lama tidak post pasal masak memasak.

Kebetulan minggu lepas suami bawa pulang 2 pakej baby crab sejuk beku. Fiza pernah sekali merasa baby crab iaitu di MATHAF iaitu Malaysian Thailand Food Halal Festival. Penjual di situ menjual Baby crab goreng garing berempah. Memang sedap dan sedikit pedas. 

Fiza pula nak kongsikan resipi ringkas untuk membuat baby crab celup tepung ayam. Senang, mudah, sedap dan ringkas.

Baby Crab celup tepung

Bahan-bahan:
  • Baby Crab
  • Tepung Goreng Ayam
  • Telur
Cara-cara
  1. Basuh dahulu baby crab sehingga bersih.
  2. Pecahkan telur dan masukkan baby crab.
  3. Salutkan baby crab dengan tepung goreng ayam.
  4. Untuk memastikan baby crab digoreng garing, pastikan ia digoreng dengan minyak yang sederhana.
  5. Goreng sehingga baby crab berwarna keemasan.
  6. Angkat dan siap.


Baby Crab sejuk beku

Tepung goreng ayam dan telur

Bahan telah sedia untuk dimasak

Baby Crab

Siap untuk dimakan

Kalau pandai masak ayam celup tepung, sama la juga cara nak goreng baby crab ini. Tapi ingat kalau api terlalu kuat crab jadi tak rangup. Perlu pandai kawal api.

Ratah masa menonton televisyen memang sedap. Tak sedar tahu tinggal pinggan kosong. Baby crab memang perlu untuk digoreng garing sebab kita boleh makan dengan kulitnya. Jangan korang beria nak buka kulit baby crab satu per satu. Alamatnya sampai ke malam la jawabnya mengadap ketam.

Wassalam.

You Might Also Like

6 kitty baik hati komen

  1. sdapnya..tapi ssh nak jumpa baby crab ni..:)

    ReplyDelete
  2. try guna tepung bestari mesti lagi sedapo hehehehe tapi yang ini pun rasanya sambil tengok tv konfirm licin

    ReplyDelete
  3. wuuu dapp nya... ^_^ lama xsinggah sini

    ReplyDelete
  4. Leoas goreng makan terus cicah sos ke mayonis ke perghh sedap

    ReplyDelete
  5. Suka baby crab nie.. memang snek paling best..

    ReplyDelete
  6. wahh sedapnya..lps ni kalau terjumpa boleh laa beli baby crab ni

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah