Hotel UITM Dungun sangat selesa dan berbaloi

11:19

Assalamualaikum. Perjalanan hari kedua kami menuju ke Dungun yang mengambil masa 1 jam 30 minit dari Kuala Terengganu. Suami perlu menyambung kerja audit di Dungun dan kami perlu mengambil penginapan di Dungun. 


Hotel UITM Dungun sangat selesa dan berbaloi | Setelah mencari hotel yang sesuai untuk penginapan satu malam, kami memilih Hotel UITM Dungun. Suami membuat tempahan Hotel UITM Dungun dengan sarapan pagi melalui panggilan telefon. Hotel ini terletak di Jalan Pantai Sura, Kuala Dungun dan bersebelahan dengan Pantai Sura.

Pantai Sura

Terjumpa batu bersurat

 Kaunter Penyambut Tetamu


Bilik tema Ungu UITM

Kami check in jam 4 petang. Letak beg dan terus berehat. Tiada aktiviti petang yang dapat dilakukan sebab di sini tiada kolam renang. Kami layan televisyen sahaja.

Leganya dapat berbaring

Kemudahan yang disediakan memang lengkap seperti pemanas air, pembancuh kopi, seterika, televisyen, telefon, alat mandian dan juga sejadah solat.

Pemanas air dan pembancuh kopi 


Televisyen

Meja tulis

Almari pakaian

Bilik air

Kelengkapan alat mandian

Ruangan pancuran air



Kalau lapar, jangan risau kerana mereka ada kafeteria dan paling istimewa mereka juga ada menyediakan makanan ala Jepun. 


Tidur bertemankan deruan ombak

Nyenyak anak-anak tidur, kesian nak kejutkan pagi

Sarapan pagi di kafeteria tidak menghampakan. Pelbagai jenis makanan disediakan dan semuanya sedap-sedap.

Pilihan untuk pagi ini Nasi Berlauk, ikan tongkol.

Pelbagai jenis kek







Selepas sarapan, suami pun keluar menjalankan tugas, Fiza bawa anak-anak keluar makan angin sekitar hotel. Sedap layan angin laut sementara hendak menunggu suami pulang kerja dan bersiap untuk check out.


Selepas ini kami akan terus ke Kuantan. Dalam perjalanan nanti,  kami akan singgah di Kertih. Di mana suami akan letak kami anak-beranak sementara dia membuat kerja audit. Ada sebuah shopping mall yang menjadi tumpuan untuk  penduduk Kertih membeli belah. 


Penginapan di Hotel UITM Dungun memang sangat selesa dan harganya juga berbaloi serta mesra kanak-kanak. Terletak tidak jauh dari bandar Dungun dan bersebelahan dengan pantai. 

Wassalam.

You Might Also Like

1 kitty baik hati komen


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah