Pertama kali menjejakkan kaki ke KLIA2

09:58

Assalamualaikum. Bila last korang menaiki pesawat atau flight? Kalau tanya Fiza, memang lama tak naik flight, last travel masa ke Sabah tahun 2013 di KLIA. OMG 5 tahun sudah tak merasa naik belon. Waktu itu KLIA2 masih belum wujud atau dalam pembinaan, wallahualam. 

Pier J KLIA2

Cuti Deepavali baru-baru ini Fiza sekeluarga dapat menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) atau dalam bahasa melayu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2. Tujuan kami ke sini bukan untuk terbang, tetapi menghantar keluarga adik untuk menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang. 

Source: http://www.klia2.info/
Structural layout of the klia2 airport
Sebelum mereka berlepas mestilah ambil gambar dulu. Maklumlah baru kali pertama ke sini. Boleh perkenalkan Thaqif pada kapal terbang. Sebelum ini tengok abg Thaqif tengok aeroplane kat atas udara je. Bila dapat tengok depan-depan memang di excited sangat.

Gimik kami bergambar di Perlepasan Antarabangsa


Yang ini baru betul, depan Perlepasan Dalam Negeri


Check In dua jam awal sebelum berlepas. 
Kalau check in online sebenarnya lagi mudah.


Selfie dulu sementara menunggu dorang uruskan bagasi


Nie kawasan Pier K / L


Panas waktu ini, berkerut Huwainaa nak tengok kapal terbang


Abg Thaqif pun nak naik jugak mama.


Pintu dan koridor utama untuk menurunkan penumpang


Pintu untuk Kaunter Daftar Masuk


Papan Departure Information


Ramainya orang, anak perlu jaga elok-elok waktu ini


Jom siap untuk pulang

Semasa hendak menuju ke tempat parking, ada kejutan istimewa buat suami. Memang seronok sangat dia bila nampak ketibaan mereka. Apa yang kejutan sangat tu. Nantikan enrty seterusnya.

Wassalam.

You Might Also Like

1 kitty baik hati komen

Bacaan tambahan