Rangkaian Pembersihan Diri Terbaharu Dettol

10:58

Assalamualaikum. 

Sebut sahaja jenama atau produk Dettol, memang telah terlintas di fikiran bahawa produk  tersebut memang terkenal dengan jenama pembasmi kuman.  Baru-baru ini, Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri. Kenapa Dettol perlu melancarkan semula produk rangkaian mereka? 

Tertanya-tanya juga Fiza pada mulanya. Jawapannya ada dan korang perlu teruskan membaca.




Sebagai seorang ibu, sudah pasti Fiza sangat gembira apabila melihat anak-anak membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur, bertambah risau apabila anak-anak mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.



Keluhan para ibu seperti Fiza telah didengari, maka dengan itu Dettol sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia** kini melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya.


Rangkaian pembersihan diri Dettol yang menyegarkan; 
Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh 

Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri
Diperkenalkan semula untuk melindungi 1.97 juta isi rumah Malaysia daripada 100 kuman berbahaya*


Dettol telah memperkenalkan dua jenis produk perlindungan iaitu ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.

Dettol ‘ProFresh’ (Perlindungan Bau)




Dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap.  Dettol Cool dan Dettol Re-energize adalah produk terbaru Dettol yang memberi perlindungan daripada bau badan.

Dettol Cool dengan kesegaran daun pudina

Dettol Re-energize dengan kesegaran oren


Dettol ‘ProSkin’ (Perlindungan Kulit)




Menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan. Dettol Fresh dan Dettol Lasting Fresh pula adalah produk Dettol yang memberi perlindungan terhadap kulit.

Dettol Fresh dengan kesegaran lemon

Dettol Lasting Fresh dengan kesegaran timun


Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu. Jenama yang sentiasa komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini. 




“Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga.  Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.  Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,”
Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.



Dr. Steven Chow - Senior Consultant Dermatologist

Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi  pula menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga.

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting"  Dr. Steven.

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan” 



*34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia

**Berdasarkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan runcit

Tentang Dettol
Rangkaian pembersihan diri Dettol yang menyegarkan;
Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. 

Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. 


Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria.

Jangan lupa dapatkan rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari. 


Semoga Dettol dapat mengekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi kita semua daripada kuman ketika menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat!

Wassalam.

You Might Also Like

0 kitty baik hati komen

Bacaan tambahan