Sambutan Malam Tahun Baru 2019 di Putrajaya

19:47

Assalamualaikum. Tahun 2018 baru sahaja melabuhkan tirai. Selamat datang tahun 2019. Umur meningkat setahun lagi walaupun baru sahaja menyambut hari lahir pada bulan Disember lalu. 



Sambutan Malam Tahun Baru 2019 di Putrajaya | Malam tahun baru suami memilih untuk ke Putrajaya untuk melihat bunga api. Tujuan hendak bawa anak jalan-jalan sebab bukan tradisi kami pun hendak pergi menyambut malam tahun baru. Sebelum ini hanya lepak di rumah sahaja. Boleh dikatakan sebelum ini  malam tahun baru kami tidur dahulu dan bila bangkit sudah tahun baru. hehe


Selepas maghrib kami bergerak ke Putrajaya dengan harapan jalan tidak lagi sesak. Tetapi itu semua hanyalah harapan. Banyak jalan telah ditutup pada waktu itu padahal baru jam 9 malam. Jalan makin sesak kerana banyak kereta menuju jalan belakang untuk ke dataran masjid Putrajaya. Itu sahaja alternatif terakhir untuk melihat bunga api dalam jarak yang dekat.

Sempat beli lampu kipas untuk Thaqif dan scaft rabbit berlampu untuk Huwainaa

Tepat jam 12 tengah malam bunga api pun beraksi

Apa boleh buat bila terpaksa lihat dari jauh sahaja. Tetapi kehadiran pengunjung ke Dataran Masjid Putrajaya tetap meriah. Aktiviti seperti ini sebenarnya bukan untuk meraikan sangat tetapi lebih kepada aktiviti bersiar-siar dan spend time bersama keluarga dan orang tersayang. Boleh dikatakan semua pengunjung semuanya bersama keluarga dan anak kecil.

Begitulah sambutan malam tahun baru kami. Tahun ini tidak tidur di rumah seperti tahun-tahun sebelum. Korang pula macam mana sambutan malam tahun baru? Kalau nak berkongsi tulis di komen yer.

Wassalam.

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen